suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

”Seminggu lalu baru raikan beliau” - Erma Fatima kelu ‘melepaskan‘ Allahyarham Tun Dr Hasmah

Erma anggap pertemuan bersama Allahyaraham Tun Dr Siti Hasmah satu kenangan indah.

PENERBIT dan pengarah Erma Fatima menyifatkan pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali merupakan satu kehilangan besar buat industri seni tanah air.

Sebagai mengenang jasa serta mendoakan Allahyarham, Erma bersama adiknya yang juga pelakon, Datin Seri Umie Aida menganjurkan Majlis Khatam al-Quran, Bacaan Yasin dan Tahlil yang dihadiri kira-kira 100 tetamu termasuk rakan selebriti serta penggiat industri kreatif.

Antara yang hadir ialah Aziz M. Osman, Aisha Retno, Datuk Fauziah Nawi, Sharifah Shahirah, Puteri Sarah Liyana dan Fouziah Gous.

Suasana majlis tahlil dan bacaan yasin.

Bacaan Yasin dan tahlil pada majlis tersebut dipimpin Sheikh Karim Al Makki.

Menurut Erma, majlis berkenaan menjadi ruang buat mereka mengenang Allahyarham dan menerima ketentuan untuk melepaskan tokoh itu dengan hati yang reda.

“Seminggu lalu, kami baru meraikan beliau. Hari ini, kami berkumpul dalam majlis ini untuk melepaskan beliau pergi. Memang saya tidak tahu hendak kata apa.

“Mungkin sudah ditakdirkan Allah bahawa kami menerima hadiah yang paling istimewa. Seminggu sebelum beliau pergi, seolah-olah itu satu pemberian yang sangat besar untuk kami sebagai orang seni,” katanya.

ARTIKEL BERKIATAN: [V] Foto bersama penulis novel Kaisar dikecam, Erma Fatima ‘hentam‘ netizen kaki kutuk... ”Apa dosa budak itu?”

ARTIKEL BERKIATAN: “Kau setakat sedu-sedan masuk set macam kau artis popular nau” – Erma Fatima tegur ‘attitude’ diva, setuju kenyataan Namron soal bayaran tinggi

Erma berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tahlil Tun Hasmah anjuran Umie Aida yang berlangsung di kediamannya di Kuala Lumpur pada malam Rabu.

Mengimbau kembali kenangan bersama Allahyarham, Erma berkata dia berasa bersyukur kerana berpeluang meluangkan masa bersama Tun Dr Siti Hasmah pada majlis yang berlangsung seminggu sebelum pemergiannya.

Malah, Erma turut berkesempatan membantu menguruskan Allahyarham termasuk menolak kerusi roda, menjaga makan dan minum serta mengiringinya sehingga pulang.

“Beliau juga sempat bermain biola kerana itu adalah kegemarannya. Beliau tetap berusaha untuk bermain dan menghiburkan kami.

Kalau boleh, beliau mahu bercakap dengan setiap seorang.

ERMA FATIMA

PENGARAH/PENERBIT

“Bukan kami yang menghiburkan beliau, tetapi sebaliknya beliau mahu melakukan sesuatu untuk kami. Beliau mahu bermain biola dan selepas selesai bermain, air matanya mengalir,” ujarnya.

Dalam pada itu, Erma menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang sangat merendah diri dan sentiasa melayani semua orang tanpa mengira kedudukan.

“Pada masa sama, beliau juga mempunyai sifat mahu memenuhi kehendak semua orang. Kita selalu nampak apabila beliau menghadiri sesuatu majlis, beliau sering tertinggal di belakang.

“Sebabnya, kalau ada 1,000 orang, beliau mahu bersalaman dengan kesemua 1,000 orang. Kalau boleh, beliau mahu bercakap dengan setiap seorang.

Antara kenangan yang tidak boleh dilupakan Erma dan Umie.

“Jadi, bagi kami yang berada dalam bidang seni, apabila kami menjemput beliau sejak dahulu, kalau beliau tidak mempunyai urusan dan ada kelapangan, beliau memang akan datang. Beliau akan berusaha untuk hadir,” jelasnya.

Pada 21 September lalu, Umie Aida bersama suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menganjurkan majlis Seniman Semeja bagi menyantuni dan meraikan negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad serta isteri, Tun Dr Siti Hasmah.

Bagaimanapun, pada 28 September lalu, negara dikejutkan dengan berita pemergian Tun Dr Siti Hasmah yang berusia 100 tahun pada pukul 9.20 pagi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya.

Artikel Lain