suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Kecaman tanpa henti, Aisha Retno kini berkurung untuk muhasabah diri

PENYANYI Aisha Retno masih cuba mengejar segala kecaman yang dilemparkan terhadap dirinya, terutama selepas kejayaannya memenangi kategori Album Terbaik menerusi Anugerah Industri Muzik (AIM25) dengan album RE.HAB.

Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipuljam, 26, berkata pelbagai perkara berlaku dalam hidupnya sepanjang tahun ini sehingga membuatkan dia tidak sempat untuk memikirkan setiap kritikan yang diterima.

“Sebenarnya, sejak tahun ini kerja saya terlampau back-to-back dengan kata-kata orang sama ada baik ataupun buruk. Daripada saya menjadi juri, muncul di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW), isu fesyen kereta api sarong, kemudian belum habis isu itu datang pula isu Anugerah Industri Muzik (AIM).

“Saya pun tidak sempat nak hadap. Jadi, saya biarkan ia berlalu. Mungkin ini adalah training field untuk saya membiasakan diri. Ia sentiasa berlaku dengan isu yang berbeza.

"Biar masa yang meredakan segalanya. Yang penting saya berada di landasan yang benar dan masih ada penasihat serta orang-orang di sekeliling yang sentiasa menasihati saya,” ujarnya.

Bagaimanapun, Aisha berkata dia cuba berlapang dada menerima segala kecaman dan pandangan orang ramai terhadap dirinya serta karya yang dihasilkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno tangguh lancar album hujung tahun, mahu fokus teater PGL dulu... ”Tak mahu jadual bertembung”

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Tak Adil’ mula masuk carta, Aisha Retno tambah semangat nak buat lagu baharu

“Saya terima segala pendapat dengan hati terbuka. Tahun ini saya terlibat dengan pelbagai peranan seperti penyanyi, juri dan pelakon teater. Banyak perkara yang terjadi dalam satu masa tahun ini dan dibaluti dengan segala kecaman dari kiri dan kanan.

“Saya ambil masa yang cukup lama berdasarkan kisah sebenar diri saya. Saya melalui sesi rehab diri sendiri susulan kejadian dua atau tiga tahun lalu yang kalian tahu telah membawa nama buruk kepada saya,” katanya.

Dalam pada itu, Aisha mengakui dirinya seorang yang kuat berfikir atau overthinker dan mudah mengambil serius setiap kata-kata yang dilemparkan kepadanya.

Tetapi untuk sekarang, saya sedang berkurung untuk mencari semula diri saya.

AISHA RETNO

PENYANYI 

Namun, dia cuba melihat kritikan yang diterima dari sudut positif kerana menganggap ia menunjukkan masih ada pihak yang mengambil berat tentang perjalanan kariernya.

“Kita kena jalan terus demi muzik. Saya sebenarnya seorang yang overthinker. Saya teliti dengan apa yang orang berkata kepada saya. Namun, kalau ada orang yang sama berkata, saya sangat gembira kerana itu bermakna orang tersebut sedang meneliti saya dan dia nampak kewujudan saya dalam industri muzik.

“Ramai yang kisah tentang rupa saya dan bagaimana saya membawa diri dalam industri. Jadi, saya ambil yang baiknya. Mungkin mereka nak saya jadi lebih baik dalam muzik, fesyen dan sebagainya. Tetapi pada akhirnya, ia sudah menjadi trademark yang saya cipta.

"Selepas bertahun-tahun, saya sudah berada di titik di mana saya sekarang. Jika orang tidak terima, kita ambil yang baik,” katanya.

Aisha mahu berehat sebentar daripada membaca komen.

Sementara itu, Aisha berkata dia kini mengambil keputusan untuk memperlahankan aktiviti di media sosial bagi memberi ruang kepada dirinya mencari semula ketenangan dan diri sendiri.

Menurutnya, kesibukan dengan pelbagai komitmen menyebabkan dia tidak mempunyai banyak masa untuk berkongsi perkembangan atau membalas komen netizen.

“Secara sosial, saya memang kebelakangan ini terpaksa hold back sedikit sebab saya memang tiada masa sangat untuk muat naik gambar atau membalas komen orang. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki mengalir seperti air. Kalau nak berbual atau apa-apa, buat masa sekarang saya kurangkan sedikit.

“Bila tiba masanya, saya akan kembali. Tetapi untuk sekarang, saya sedang berkurung untuk mencari semula diri saya,” kongsinya.

Artikel Lain