suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aisha Retno tangguh lancar album hujung tahun, mahu fokus teater PGL dulu... ”Tak mahu jadual bertembung”

Aisha bakal lancarkan bahagian kedua albumnya pada hujung tahun ini.

PENYANYI dan komposer Aisha Retno menjelaskan punca kelewatan pelancaran bahagian kedua album studio sulungnya, [Re.Hab] yang dianjakkan ke hujung tahun bagi memberi laluan kepada persediaan teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) 2026.

Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, berkata dia membuat keputusan itu kerana tidak mahu strategi pemasaran album berkenaan terjejas disebabkan kekangan masa dan komitmen yang perlu diberikan terhadap PGLM.

“Sebenarnya boleh sahaja kalau nak lancarkan sekarang juga.

Kenyataan Aisha di Threads. 

“Tetapi disebabkan tahun ini ada kejutan yang tidak dijangka buat saya iaitu terpilih untuk pementasan Puteri Gunung Ledang the Musical, kami tak mahu jadual perancangan pemasaran album ini bertembung. Nanti sukar nak focus.

“Komitmen untuk membawa watak Gusti Putri ini sangat tinggi, jadi kami terpaksa undurkan pelancaran ke November dan Disember. Terus nantikan okay,” tulisnya menerusi satu ruangan komen di Threads. 

Aisha berkongsi perkara itu sebagai satu hantaran balas daripada seorang pengguna media sosial yang bertanyakan mengenai pelancaran bahagian kedua albumnya itu yang sebelum ini dijadualkan keluar pada September lalu.  

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Tak Adil’ mula masuk carta, Aisha Retno tambah semangat nak buat lagu baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno sangkal AIM25 berat sebelah, lagu tercalon bukan sebab ciptaan ketua juri Ajai

Untuk info, Aisha melancarkan bahagian satu album [Re.Hab] pada Julai 2025. 

Fasa pertama album tersebut memuatkan lima buah lagu iaitu Tak Adil, Jeda, O.R.B.I.T, Lengkapilah Kita (Missing Peace) dan Titik Temu (duet bersama Megat Fazly).

Aisha kini sibuk dengan persediaan bagi teater PGLM.

Untuk rekod, pada Mei lalu, Aisha mencipta pencapaian membanggakan apabila diumumkan sebagai salah seorang pelakon utama yang dipilih menggalas watak legenda Gusti Putri Retno Dumilah dalam naskhah agung arahan Puan Sri Tiara Jacquelina.

Pementasan tersebut dijadualkan menemui penonton di pentas teater bermula 31 Oktober hingga 15 November depan.

Artikel Lain