suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

”Saya tidak perli Bella Astillah” - Puteri Sarah jawab salah faham berhubung isu cari pasangan sekufu

Puteri Sarah tidak memerli Bella Astillah.

PELAKON Puteri Sarah Liyana tampil membalas tindakan seorang individu yang cuba melaga-lagakannya dengan penyanyi Bella Astillah susulan kenyataan mengenai kriteria memilih pasangan hidup yang sekufu.

Puteri Sarah, 41, menegaskan pandangan yang disuarakannya itu langsung tidak berniat menyindir Bella dan juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang disifatkannya sebagai rakan baik.

“Biar saya jelaskan. Bella dan Syed Saddiq adalah rakan-rakan saya. Jadi sekiranya anda mahu mempertahankan  mereka, silakan.

 

Kenyataan Puteri Sarah di halaman Threadsnya. 

“Tapi sebelum nak kurang ajar, sila baca konteks saya terdahulu. Saya tidak perli Bella Astillah," katanya melalui satu hantaran balas di Threads.

Malah kata Sarah, dia tersebut dibuat adalah bagi mengingatkan dirinya sendiri untuk mencari seorang teman hidup yang bersesuaian dengannya. 

“Sebenarnya saya sendiri yang mahu mencari pasangan yang sekufu. Jadi tolong jadi peminat yang beradab, terima kasih,” ujarnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Cari pasangan hidup, Puteri Sarah jadikan Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah inspirasi

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah terkandas seorang diri di Jakarta, doa penerbangan dibuka semula

Sebelum ini, Sarah ada mengeluarkan kenyataan yang dia menjadikan kisah rumah tangga negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai inspirasi dalam mencari pasangan hidup.

Menurutnya, pasangan sekufu amat penting kerana ia bukan hanya berkaitan pendidikan atau kerjaya, sebaliknya turut melibatkan pemikiran, nilai hidup dan kematangan.

Hubungan Sarah dan Bella dalam keadaan baik. 

Jelas Sarah, sekufu tidak bermaksud pasangan perlu mempunyai kelayakan akademik atau kerjaya yang sama.

Sebaliknya, keserasian daripada segi pemikiran, nilai dan kematangan juga penting untuk membina kehidupan bersama.

Artikel Lain