suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dulu nama jadi sebutan, Fahimi Rahmat akui kurang dapat perhatian sejak ramai bakat baharu muncul... Bangkit kerana ‘Dah Sayang’

Fahimi tidak pernah putus asa hasilkan karya baharu.

SEDAR kehadiran ramai bakat baharu dalam industri muzik tempatan, penyanyi Fahimi Rahmat akur namanya sedikit tenggelam meskipun sebelum ini pernah mendapat perhatian peminat.

Bagi Fahimi atau Muhammad Fahimi Rahmat, 29, kehadiran ramai penyanyi muda bukanlah alasan untuk dia meluahkan rasa kecewa, sebaliknya menjadi pembakar semangat dalam menghasilkan lebih banyak karya baharu.

"Saya pernah melalui musim di mana mendapat perhatian ramai apabila keluar dengan lagu Angau. Masa itu banyak tawaran dan ramai yang datang ajak buat content. Sekarang ini sudah ada bakat baharu, jadi perhatian sudah beralih.

Fahimi sedar namanya kini kurang mendapat perhatian. 

"Bagi saya itu adalah perkara biasa kerana dalam kehidupan berlaku peredaran zaman. Saya tetap raikan bakat baharu dalam industri dan sentiasa beri sokongan kepada mereka," katanya kepada mStar.

Fahimi juga tidak menolak faktor dia mengambil tempoh rehat sebelum ini membuatkan kerjaya seni sedikit perlahan dan kurang mendapat tawaran.

Baginya, tidak mudah untuk kembali bangkit selepas kehilangan bapanya yang meninggal dunia pada November 2025.

ARTIKEL BERKAITAN: Fahimi Rahmat lalui ujian berat sebelum sah bergelar suami, kehilangan bapa amat dirasai 

ARTIKEL BERKAITAN: Fahimi Rahmat pelik dituduh ‘kacip’, rokok pun tak pernah sentuh

"Hujung 2025 saya ada keluar mini album, tetapi lepas ayah meninggal dunia saya ambil masa untuk rehat sedikit. Bukanlah tidak move on, tetapi sukar untuk melalui kehilangan orang tersayang," ujarnya.

Terbaharu, Fahimi tampil dengan lagu berjudul Dah Sayang yang diharap dapat menjadi petanda kemunculan semula dalam industri muzik.

Fahimi kembali bangkit dengan lagu baharu. 

Bukan hanya memberi nafas lebih segar, karya ini dalam masa sama mengembalikan memori buat peminat yang meminati lagu Angau.

"Lagu Dah Sayang ada sedikit bunyi seperti Angau tetapi dengan muzik yang lebih moden. Saya kembalikan memori Angau sebelum ini.

"Lagu ini juga sebagai tanda saya comeback. Kembalikan misi yang dah terkubur," kongsinya.

Artikel Lain