suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami terkejut Ain Edruce berhabis RM8,000 beli tiket F1

Suami Ain terkejut selepas mengetahui harga tiket F1 GP Bahrain.

GARA-GARA mahu membuat kejutan buat suami tersayang, pelakon dan pengacara Ain Edruce sanggup berhabis RM8,000 untuk membeli dua tiket perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Bahrain.

Ain atau Nurulain Edruce, 35, berkata dia tergesa-gesa membeli tiket tersebut selepas melihat kebanyakan tiket sudah habis dijual tanpa membuat semakan lanjut di platform berlainan.

“Cerita malam ini, saya rancang nak beri kejutan kepada Mirul dengan membeli tiket F1. Saya tak tahu langsung tentang F1, malah tengok banyak tiket sudah ‘sold out’.

Suami teruja mahu buat kejutan untuk suami.

“Jadi, saya cepat-cepat buka aplikasi Viagogo untuk beli. Tak sabar nak beri kejutan dan bagi pada dia pagi tadi (semalam).

“Tapi dia memang betul-betul terkejut! Bukan sebab tiket tetapi sebab harga yang saya beli. Kategori Grandstand saja pun, saya beli RM8,000 untuk dua orang,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Bagaimanapun, Ain kemudian menyedari tiket yang dibelinya itu sebenarnya boleh diperoleh pada harga jauh lebih murah.

“Saya baru tahu bahawa harga tiket itu tak mahal begitu pun. Buka Threads lagi sedih, tiket ‘reseller’ jual murah-murah.

ARTIKEL BERKAITAN: Ain Edruce timang bayi lelaki, mengidam ‘Beef Wellington’ restoran Gordon Ramsay selepas bersalin

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya Ain Edruce pandai petik gitar, trauma masa belajar punca berhenti main alat muzik

“Agak-agak boleh bayangkan muka Mirul macam mana sewaktu saya beritahu harga? Cuma saya memang tidak fikir apa-apa sebab niat nak belanja suami,” katanya.

Dalam hantaran lain, Ain turut berkongsi reaksi suaminya ketika menerima kejutan tersebut.

Menurut Ain, suaminya pada awalnya gembira menerima hadiah berkenaan, namun reaksi itu berubah selepas mengetahui harga yang dibayarnya.

“Dia gembira saja, dia pun tak sampai hati nak marah. Tapi nampaklah dia tertelan air liur bila saya beritahu harga,” ujarnya.

Suami Ain pasrah dengan harga tiket pembelian isteri.

Sementara itu, pemegang MyKad layak menikmati kadar khas bagi enam kategori tempat duduk untuk F1 GP Bahrain, dengan harga tiket antara RM200 hingga RM2,083.40 menerusi laman sesawang rasmi GP Bahrain.

Kategori paling berpatutan ialah Hillstand G pada harga RM200, manakala tiket bagi Hillstand B dan Hillstand C masing-masing berharga RM809.60.

Bagi kategori Grandstand pula, tiket Grandstand F dijual pada harga RM1,291.40, Grandstand K1 RM1,386 dan Grandstand Utama RM2,083.40.

Artikel Lain