PENGARAH Erma Fatima tampil bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan pelakon Namron mengenai pendatang baharu yang mengenakan harga tinggi sehingga RM100,000 untuk menjayakan sesuatu naskhah lakonan.Kata Erma, 58, seorang pelakon sepatutnya mengukur baju di badan sendiri dan bukannya meletakkan jumlah pengikut di media sosial sebagai satu kayu ukur untuk berasa dirinya hebat biarpun mutu lakonan masih ditahap biasa. "Setuju sangat! Kena ukur baju di badan sendirilah. Kadang-kadang mereka ini bila pengikut tinggi sikit, dah rasa hebat. Berlakon tak seberapa pun.Kenyataan Erma di Instagramnya. "Pelakon pun kena buat homework (kaji) juga yang mana berapa bayaran stesen bayar kepada penerbit. Rumah produksi satu-satunya perniagaan yang nak dapat 20 peratus untung pun susah," katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Isnin. Mengulas mengenai sikap pelakon berlagak 'diva' di set penggambaran, Erma menegaskan pelakon yang belum terbukti kehebatannya tidak wajar menunjukkan perangai yang boleh menyusahkan tenaga kerja lain."Yang sudah terang-terang hebat seperti Eman Manan, Beto, Bront, Nabila Huda, Kak Ogy dan beberapa nama besar yang terbukti kehebatan lakonan mereka sahaja layak untuk diva di set dan kita penerbit pun faham tuntutan yang melibatkan profesional.ARTIKEL BERKAITAN: “Budak ini saya tidak tahu siapa dan tak kenal asal usulnya” - Erma FatimaARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak mahu layan ‘diva’ di lokasi“ - Erma Fatima hanya pilih kroni, senang bekerjasama"Tetapi kalau kau setakat sendu-sedan masuk set macam artis popular sangat, produksi pun ambil sekali sahajalah. "Tak ada pengarah nak hadap pelakon yang ada masalah sikap di set. Penerbit akan senang hati ambil pelakon yang tidak menyusahkan orang sebab pengarah nak kerja dengan tenang,” ujarnya.Tambah Erma, persekitaran kerja di set penggambaran memerlukan semangat kekeluargaan, toleransi dan sikap saling memberi serta menerima antara pelakon dan krew.Erma tegur segelintir pelakon yang berlagak 'diva'Sebelum ini, Namron mendedahkan sikap seorang aktor muda yang disifatkan agak keterlaluan apabila berani meletakkan bayaran sebanyak RM100,000 untuk memegang watak utama dalam sebuah naskhah filem.Namron atau nama sebenarnya Shahili Abdan, 57, berkata, perkara berkenaan diketahuinya seorang rakan yang baharu pertama kali menggalas tanggungjawab sebagai penerbit.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube