NAMA semakin dikenali dan pintu rezekinya dalam industri seni semakin terbuka luas, penyanyi Hussain menyimpan hasrat untuk meminta kedua ibu bapanya berehat daripada bekerja.Hussain atau nama sebenarnya Jamak Hussain Jamilul Hayat, 23, berkata, keputusan itu dibuat memandangkan ibu bapanya sudah terlalu banyak berkorban serta bersusah-payah membesarkan mereka enam beradik. “Itu memang cita-cita saya. Saya cakap, 'Mak abah rehatlah. Mak abah buatlah ibadah pula sebab mak abah dah penat-penat membesarkan kami enam beradik'.Hussain tidak boleh berjauhan dengan keluarga.“Mak ayah saya bersusah-payah dan melalui banyak dugaan. Jadi kali ini saya suruh mereka rehat dan biar saya pula yang bekerja mencari rezeki. "Bila kita utamakan keluarga, Allah akan bagi lebih lagi,” katanya kepada mStar ketika Konsert Ambang Merdeka di Dataran Merdeka pada Ahad. Dalam pada itu, Hussain memberitahu dia kini membawa ibu bapanya dan adik beradik yang lain menetap bersama di Kuala Lumpur kerana enggan berjauhan dengan mereka yang semakin berusia.ARTIKEL BERKAITAN: Hussain lega... Tamat berjuang 18 minggu dua pertandinganARTIKEL BERKAITAN: Hussain tepati ramalan... Juara Big Stage X RocketfuelMalah, Hussain bersama adik-beradiknya merancang untuk memulakan kembali perniagaan nasi lemak ibunya yang menjadi punca rezeki utama keluarga mereka sejak kecil. “Bagi saya, tidak bolehlah berjauhan dengan mereka sebab masing-masing sudah sampai satu peringkat umur. Jadi saya kena ada bersama selagi mereka masih ada.“Perniagaan nasi lemak mak itu punca rezeki kami dari dulu lagi. Jadi kami nak mula balik dekat sini sebab benda itu tidak akan ditinggalkan. Lagipun semua adik-beradik saya memang boleh masak nasi lemak,” ujarnya.Hussain bersyukur rezekinya semakin terbuka luas. Sementara itu, mengulas mengenai jadual kerjayanya yang semakin padat dengan pelbagai tawaran persembahan, Hussain mengakui berasa penat namun masih mampu menguruskan dengan baik.“Penat itu memang ada, tetapi saya boleh uruskan tenaga saya. Bagi saya, ini baru bermula sebab saya pun banyak lagi nak kena belajar.“Kalau ada masa lapang memang saya nak masuk kelas vokal balik untuk tingkatkan lagi teknik nyanyian. "Buat masa ini agak sibuk sedikit, tetapi Insya-Allah kalau ada masa percuma saya akan berhubung semula dengan cikgu vokal,” katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube