PEMERGIAN kucing kesayangan diberi nama Hiro bukan sahaja meninggalkan kesan emosi yang mendalam buat penyanyi Aina Abdul, malah dia turut meluahkan rasa terkilan apabila tempoh membela haiwan berkenaan dipertikaikan sesetengah pihak.Menurut Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 33, Hiro merupakan kucing pertama yang dibelanya, justeru kehilangan haiwan kesayangan itu memberikan kesan yang amat berat terhadap dirinya. "Pengurus dan juru mekap saya pun ada bela kucing. Mereka pernah bagi amaran dekat saya iaitu sakit (jika kehilangan) akan jadi lain dan sekarang saya sedar benda itu. Aina berkongsi perkara itu ketika ditemui media. "Bila saya tulis sudah dua tahun (bela)... ada orang cakap 'alah baru dua tahun'. Jahatnya mulut awak."Hiro ini adalah kucing pertama saya dan ketika saya ambil dia, dia memang sudah sakit. Tapi saya tetap ambil keputusan untuk jaga dia. Saya tak nak abaikan Hiro," katanya kepada mStar. Bercerita mengenai kewujudan Hiro dan juga kembarnya diberi nama Susu, Aina berkata dua ekor kucing itu menjadi pengubat stres setiap kali dia pulang ke rumah selepas penat bekerja.Malah tambah Aina, kedua-dua kucing tersebut juga mendidiknya untuk menjadi seorang yang lebih penyayang dan mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul sanggup tunggu 2 jam depan klinik, sedih pemergian ‘Hiro’ semasa sibuk persiapan AJL40ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tertanya-tanya kenapa begitu negatif?” - Aina Abdul kurang senang rakan artis sindir persembahan di AJL40"Sebelum ini saya duduk seorang, jadi saya buat semua benda pun seorang dan kadang-kadang saya sangat tegas dengan diri sendiri. Bila balik rumah saya stres."Tetapi Hero dan Susu sentiasa pujuk hati saya. Mereka tidak buat apa-apa pun, hanya ada di situ sahaja sudah buat saya lupa tentang kesedihan buat seketika. Bila saya tengah stres bercakap di telefon, mereka berguling-guling depan saya dan duduk atas peha, benda itu merawat hati saya."Hero membuatkan saya jadi manusia yang lebih baik, lebih tahu berkasih sayang dan bersabar. Semenjak ada kucing, saya rasa saya jadi seorang yang sangat bersabar dan tenang," ujarnya. Hiro dan Susu merupakan kucing pertama Aina. Sebelum ini, Aina berkata dia terpaksa memendam kesedihan ketika sedang membuat persiapan untuk Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) apabila kehilangan kucing kesayangannya, Hiro.Kata Aina, dia tidak menyangka kehilangan seekor kucing mampu meninggalkan kesan yang begitu mendalam dalam dirinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube