suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aina Abdul sanggup tunggu 2 jam depan klinik, sedih pemergian ‘Hiro’ semasa sibuk persiapan AJL40

Aina pendam kesedihan demi AJL40.

DALAM kemeriahan membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40), penyanyi Aina Abdul rupanya menyimpan kesedihan selepas kehilangan kucing kesayangannya yang diberi nama Hiro.

Menurut Aina, 33, Hiro merupakan peneman hidupnya selama dua tahun dan pemergian haiwan peliharaan itu meninggalkan kesan mendalam dalam dirinya.

Malah, Aina mengakui terpaksa memendam kesedihan ketika sibuk membuat persiapan untuk AJL40 dan hanya melepaskan emosinya ketika bersendirian.

Hiro sudah menemani Aina selama dua tahun.

“Saya sedang buat persiapan AJL sewaktu kehilangan kamu. Saya terpaksa pendam sakit dan sedih itu. Setiap kali bersendirian, air mata saya mengalir.

“Dua tahun Allah SWT pinjamkan awak kepada saya. Awak lebih daripada seekor kucing di mata saya. Awak ajar saya bagaimana untuk berkasih sayang, hidup dengan sabar dan tenang,” kongsinya menerusi hantaran di Instagram.

Dalam hantaran tersebut dia turut berkongsi beberapa foto terakhirnya bersama Hiro semasa ditahan di wad.

Berkongsi lebih lanjut, Aina berkata pemergian Hiro merupakan pengalaman pertama buat dirinya berdepan kehilangan haiwan kesayangan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jumpa lagi“... Aina Abdul beri bayangan rehat bersaing di AJL?

ARTIKEL BERKAITAN: Pertemuan tanpa sengaja dengan peminat ubah pemikiran Aina Abdul, gunung berapi simbolik kemarahan lagu ‘Kamu’

“Saya tak pernah tahu perasaan kehilangan kucing. Hampir semua kawan saya sudah merasainya. Saya selalu tertanya-tanya seteruk mana perasaan itu?

“Sekarang saya dah tahu. Kesakitannya sangat dalam. Tiba-tiba saya menangis tanpa sedar, tapi saya kena reda. Sekurang-kurangnya awak dah tak sakit,” katanya.

Dalam pada itu, Aina turut berkongsi detik menyayat hati apabila sanggup menunggu selama dua jam di hadapan klinik selepas doktor mencadangkan agar Hiro ditahan di wad kerana bimbang dengan keadaannya.

Aina kongsi kenangan terakhir bersama Hiro.

Bagaimanapun, penyanyi itu reda dengan pemergian Hiro dan menganggap segala kenangan bersama haiwan kesayangannya itu sebagai sesuatu yang cukup indah.

“Saya tunggu dua jam di depan klinik, sedangkan saya sepatutnya balik. Tetapi jauh di sudut hati, saya tak tenang. Saya kasihan Hiro bersendirian di klinik.

“Suasana baharu dan pasti Hiro tak selesa. Selepas dua jam, doktor hubungi dan beritahu saya degupan jantung Hiro dah tak ada.

“Saya masih belajar untuk reda. Maaf saya ambil masa lama untuk faham sakit ini. Saya akan okay, Hiro,” ujarnya.

  

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain