suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juhara Ayob pasang impian bergelar Doktor Falsafah sebelum pencen, geram terpaksa lepaskan watak kerana tuntutan kerja

Juhara kini menyambung pengajian peringkat PhD di UKM.

USIA tidak pernah menjadi penghalang buat pelakon dan aktivis teater Juhara Ayob untuk menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD).

Berbekalkan semangat, Juhara, 55, berharap dapat memegang gelaran Doktor sebelum menamatkan perkhidmatan sebagai pensyarah di Akademi Seni Kebangsaan (Aswara).

"Sangat susah dalam tempoh belajar. Pensyarah lain di Aswara dapat cuti jika sambung belajar dengan syarat umur tidak melepasi 45 tahun. Saya tidak dapat kelayakan itu.

Juhara bijak menguruskan masa untuk komitmen kerja dan pengajian. 

"Berkat semangat, saya terus sambung belajar dengan duit sendiri. Sebelum pencen saya nak ada gelaran itu," katanya yang kini menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Juhara ditemui ketika sidang media teater terbaharu lakonannya berjudul Muzikal Tomyam Berdarah yang bakal dipentaskan selama tiga hari bermula 28 Ogos di Panggung Seni, UKM. 

Bercakap lanjut, pelakon ini memberitahu gelaran Doktor Falsafah bukanlah alasan untuk dia meletakkan tanda noktah terhadap kerjaya seni.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayaran pelakon teater lebih rendah berbanding artis popular, Juhara Ayob minta generasi baharu fikir positif 

ARTIKEL BERKAITAN: Juhara Takut Bawa Kereta, Trauma Kemalangan Maut

Malah, Juhara juga masih aktif menerima tawaran meskipun terikat dengan komitmen sebagai pensyarah.

"Tawaran masih ada cuma saya tidak dapat terima untuk drama episod panjang. Saya tak boleh ambil cuti panjang sebab komitmen kerja.

"Ada ketika rasa geram juga sebab terpaksa melepaskan watak yang saya rasa menarik.

Apabila berlakon, saya adalah pelakon

JUHARA AYOB

PELAKON 

"Selepas selesai PhD, saya akan terus berlakon. Kalau berlakon, saya tidaklah bawa gelaran itu. Apabila berlakon, saya adalah pelakon. Di Aswara, saya adalah tenaga pengajar," jelasnya.

Sementara itu, bercakap tentang penglibatan dalam teater Muzikal Tomyam Berdarah, Juhara mengakui sukar untuk melepaskan peluang tersebut apabila menerima tawaran daripada penerbit, Siti Rohayah Attan.

Teater Muzikal Tomyam Berdarah turut menampilkan gabungan pelajar UKM dan USIM. 

"Dia hanya beritahu saya tentang tarikh dan nama watak. Kemudian minta saya kosongkan jadual," kongsinya ringkas.

Pementasan teater ini turut menampilkan pelakon Karl Shafek selain gabungan pelajar UKM dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain