RADIO Suria FM dan 988 bergabung tenaga menerusi siaran luar bersama dari Dataran Putrajaya bersempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM 2026) melalui kempen CHAM2GETHER.CHAM2GETHER merupakan kempen Merdeka kolaborasi Suria dan 988 yang meraikan kepelbagaian budaya serta komuniti di Malaysia. Kempen tersebut membawa simbolik bahawa perbezaan latar belakang, budaya dan bahasa boleh disatukan menjadi sesuatu yang harmoni. Menerusi konsep 'Unity Goes Beyond Language', CHAM2GETHER menonjolkan bagaimana rakyat Malaysia boleh terus bersama dan meraikan kepelbagaian sebagai satu kekuatan.CHAM2GETHER simbolik mengenai keharmonian rakyat. Semangat tersebut turut diterjemahkan menerusi siaran luar bersama di Dataran Putrajaya yang menghimpunkan penyampai Suria dan 988 dalam meraikan detik bersejarah negara. Kolaborasi antara dua stesen radio di bawah Star Media Group ini bukan sahaja menyatukan dua jenama radio, malah membawa mesej bahawa semangat perpaduan rakyat Malaysia melangkaui bahasa dan perbezaan.Sepanjang siaran luar, para penyampai berinteraksi secara langsung dengan pengunjung, berkongsi suasana sekitar Dataran Putrajaya, menampilkan temu bual bersama tetamu jemputan serta membawakan pelbagai aktiviti interaktif yang menyemarakkan lagi sambutan. ARTIKEL BERKAITAN: Suria FM perkenal sketsa komedi pentas Panggung SuriaARTIKEL BERKAITAN: Suria FM umum penjenamaan semula, misi dekati golongan muda… Perkenal tagline ‘Muzik & Jiwa’Bagi melengkapkan pengalaman bersama di lokasi, Suria dan 988 turut menyediakan kit sarapan kepada pengunjung dan petugas pada kedua-dua hari, iaitu semasa raptai penuh dan sambutan rasmi Hari Kebangsaan.Sambutan HKHM 2026 menyaksikan perarakan pelbagai kontinjen yang terdiri daripada agensi kerajaan, pasukan keselamatan, institusi pendidikan, badan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti. Acara turut diserikan dengan persembahan pancaragam, aset dan kenderaan ikonik, demonstrasi pasukan keselamatan, pertunjukan udara serta persembahan kebudayaan yang melambangkan kepelbagaian dan perpaduan rakyat Malaysia.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube