PENYANYI dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob memberi bayangan jelas hubungannya bersama usahawan sensasi Datuk Seri Vida bakal melangkah ke jenjang pelamin.Bagaimanapun Fazley atau Ahmad Fadzli Yaakob, 48, menegaskan perancangan tersebut memerlukan masa serta penelitian rapi mengikut adat dan situasi semasa. Ini kerana Fazley berkata membina rumah tangga bukanlah satu keputusan yang boleh dibuat secara tergesa-gesa kerana ia membabitkan penyatuan dua keluarga.“Kehendak hati memang mahu buat secepat yang mungkin. Tetapi oleh kerana keadaan dan persediaan, kita belum boleh pastikan bila tarikh tepat untuk laksanakan benda ini.Fazley menjelaskan perkara tersebut tidak berlaku dalam masa terdekat. "Dengan perjalanan perniagaan dan keluarga masing-masing, ia akan mengambil sedikit masa, namun saya yakin tidak begitu lama. Tidak boleh dibuat macam anak-anak muda yang boleh terus kahwin esok atau terus pergi kursus kahwin. Banyak lagi langkah dan proses yang perlu dilalui.“Kalau tengok tradisi orang Melayu kita, kita ada majlis merisik, meminang dan pertunangan. Jadi kita akan lalui proses-proses itu mengikut adat dan agama. Kita berdoa dan berusaha ke arah membina sebuah masjid, insya-Allah,” katanya kepada mStar. Mengulas mengenai hantaran tular Vida di media sosial berkaitan ujian bertunang, Fazley menjelaskan bahawa perkongsian tersebut bermula daripada idea gurauan pasukannya.Fazley berharap agar orang ramai dapat mendoakan yang terbaik sementara menantikan pengumuman rasmi daripada kedua-dua belah pihak.ARTIKEL BERKAITAN: “Ujian fasa bertunang”... Vida bagi ‘hint’ status hubungan dengan Fazley YaakobARTIKEL BERKAITAN: “Jika semua dipermudahkan” - Vida rancang hubungan serius dengan Fazley, ‘ujian tunang’ sekadar gurauan“Apa yang dipaparkan dalam media sosial Datuk Seri Vida itu adalah daripada pasukan kandungan kami. Ia berbentuk gurauan, tetapi gurauan tidak bermakna ianya tidak betul. Jadi itu sudah menjadi bayangan.“Bila orang tanya adakah ini sekadar kandungan, sudah tentu tidak. Adakah ini satu kebetulan, mungkin. Adakah ini akan menjadi realiti, pasti!"ujarnya. Ditanya mengenai keistimewaan Vida, Fazley mendedahkan dia terpikat dengan keperibadian sebenar wanita itu yang jauh berbeza daripada apa yang sering dipertontonkan kepada umum.Fazley terpikat dengan keperibadian Vida yang santai dan penyayang. “Semua orang nampak Datuk Seri Vida yang pakai cermin mata besar atas tudung, bulu mata lentik, mata berwarna dan solekan tebal.“Tetapi apa yang saya nampak adalah seorang Datuk Seri Vida yang sangat santai, ringkas, penyayang, peneman hidup dalam keluarga, seorang majikan yang baik serta individu yang ada kelebihan tersendiri yang ramai orang tiada.“Saya jatuh hati bukan sekadar pada nama besar Datuk Seri Vida itu, tetapi pada individu di sebalik nama berkenaan," tambahnya.