suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon Indonesia didenda RM2,300 ambil dadah di KLIA

Keadaan Samudera semasa ditahan pada Julai lalu.

PELAKON Indonesia, Samudera Hurley Taylor didenda RM2,300 oleh Mahkamah Majistret Sepang, Selangor selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan pada Julai lalu.

Majistret Khairatul Animah Jelani menjatuhkan hukuman itu selepas ujian patologi mendapati sampel yang diambil daripada pelakon berusia 24 tahun berkenaan positif mengandungi 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid.

Peguam yang mewakili Samudera, Shah Wira Abdul Halim berkata, anak guamnya dikehendaki kekal di Malaysia sementara menunggu laporan patologi selepas pertama kali didakwa.

Samudera bersedia untuk pulang ke Indonesia.

Menurutnya, pembayaran denda berkenaan sudah dibuat pada 9 September lalu dan Samudera kini bersedia untuk kembali ke Indonesia selepas semua prosiding selesai.

"Dia mahu segera pulang (ke Indonesia) untuk bertemu ibunya yang sedang menjalani rawatan kanser.

"Selepas beberapa isu imigresen diselesaikan, dia dibenarkan pulang," katanya.

Pada September lalu, mahkamah turut memerintahkan Samudera menjalani hukuman penjara selama empat bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Samudera sebelum ini mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah tersebut untuk kegunaan sendiri pada 28 Julai lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon senior jatuh miskin terpaksa tinggal dalam hutan, dedah 3 tahun berkawan dengan puntianak

ARTIKEL BERKAITAN: Melly Goeslow jual barangan peribadi, bantu kumpul dana untuk rakyat Palestin

Dia didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 5.40 petang di tandas Pusat Pengurusan Lapangan Terbang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dalam perkembangan berkaitan, Samudera sebelum ini turut didenda RM500 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan membabitkan pertengkaran dengan kakitangan syarikat penerbangan dan pegawai polis bantuan di KLIA.

Foto yang diambil semasa Samudera membuat kecoh di KLIA.

Dia didenda RM400 kerana gagal mematuhi arahan sah yang diberikan pegawai polis bantuan dan RM100 kerana menyebabkan gangguan awam.

Antara kesalahan yang dilakukan termasuk gagal mematuhi arahan supaya bertenang, tidak menimbulkan kekacauan dan terus menaiki penerbangan.

Samudera juga didakwa menjerit serta menggunakan bahasa kesat dan berunsur provokasi terhadap kakitangan syarikat penerbangan dan pegawai polis bantuan selain mengganggu petugas kaunter tiket.

Dia dipercayai melakukan kesalahan tersebut diantara pukul 7.20 malam hingga 8.12 malam, 27 Julai lalu, di Pintu 4, KLIA Terminal 1.

Artikel Lain