MENGAMBIL pendekatan positif, pelakon Sheila Mambo enggan membebankan fikiran meskipun semakin kurang menerima tawaran kerja.Bagi Sheila atau Rusilawati Hasan, 63, dia sentiasa percaya kepada rezeki yang telah ditentukan dan yakin akan ada peluang untuknya terus berkongsi bakat dengan penonton. "Saya tak mahu ambil pusing dan selalu berfikir apabila kurang mendapat tawaran. Kalau boleh, saya tak mahu membebankan fikiran dengan perkara begitu.Sheila banyak meluangkan masa melakukan aktiviti di rumah. "Rezeki itu Allah yang tentukan. Kalau hari ini tiada tawaran kerja, mungkin itu ujian yang Allah berikan kepada saya."Kita ikut sahaja rentak. Saya anggap belum ada peluang yang datang. Mungkin juga belum ada watak yang sesuai untuk saya buat masa sekarang," katanya ketika dihubungi mStar.Dalam satu temu bual bersama media sekitar Julai lalu, Sheila mendedahkan dia sudah hampir enam bulan tidak menerima sebarang tawaran dan menyifatkan keadaan itu sebagai sesuatu di luar jangkaannya.ARTIKEL BERKAITAN: “Sudah enam bulan tiada tawaran berlakon” - Sheila Mambo ARTIKEL BERKAITAN: Terima bayaran RM500 sehari… Sheila Mambo sanggup tolak tawaran lakonan, tak mahu rosakkan industri Enggan mengeluh disebabkan perkara tersebut, pelakon ini juga mengambil peluang mengisi masa terluang dengan melakukan aktiviti bermanfaat.Malah, dia juga menganggap tempoh rehat ini sebagai waktu terbaik buat dirinya."Tidaklah rasa sunyi sebab tidak ke lokasi penggambaran. Kena pandai uruskan masa dengan aktiviti. Inilah masanya untuk saya lebih meluangkan masa untuk diri sendiri. Saya tak mahu ambil pusing dan selalu berfikir apabila kurang mendapat tawaranSHEILA MAMBOPELAKON "Bila difikirkan semula, dapatlah saya solat pada awal waktu, tidur dan rehat pun cukup. Lebih banyak masa untuk diri sendiri," ujarnya.Sheila dalam masa sama menegaskan dia tidak pernah terfikir untuk berhenti berlakon selagi masih mampu untuk bekerja.Bercakap tentang peluang kerja, pelakon ini juga enggan mengambil kesempatan untuk memanfaatkan media sosial sebagai medium untuk mempromosikan diri atau melakukan perniagaan.Sheila masih terbuka menerima tawaran berlakon. "Saya memang jarang aktif di media sosial. Selalunya akan berkongsi berkaitan urusan kerja sahaja."Saya masih sihat dan mampu bekerja. Jika ada tawaran yang datang, saya akan terima," jelasnya.