PENYANYI Syasya Rizal meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap segelintir pihak yang gemar meninggalkan kata-kata buruk atau fitnah terhadap individu lain di media sosial.Malah lebih teruk lagi bagi Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 25, apabila enggan bertanggungjawab terhadap setiap perkongsian yang dibuat. "Pembuli siber sebenarnya tidak boleh menerima apabila diri sendiri diperlakukan dengan cara yang sama.Perkongsian Syasya di Threads. "Seronok menyebarkan fitnah dan menghina orang lain, tetapi apabila individu yang diserang tampil membalas, terus play victim," katanya.Syasya menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di laman Threads miliknya namun tidak menyebut mana-mana pihak yang dimaksudkan.Penyanyi ini juga berpendapat, mana-mana individu tidak perlu masuk campur hal peribadi orang lain dan menjadikan ia sebagai satu kandungan di media sosial.ARTIKEL BERKAITAN: Syasya Rizal lincah semula selepas dua kali bersalin... “Tengah susukan anak pun saya praktis“ ARTIKEL BERKAITAN: Syasya Rizal jaga imej berhijab, pilih jurusolek dan penari wanita... Penampilan tak halang minat"Tidak semua perkara perlukan pendapat anda. Anda boleh membenci seseorang tanpa perlu sebarkan fitnah atau meninggalkan komen kebencian."Terutama apabila tiada kaitan dengan hidup anda," ujarnya.Syasya nasihat menjaga kata-kata di media sosial. Dalam hantaran sama, Syasya sempat berkongsi nasihat agar tidak mudah menghakimi orang lain."Buat saudara seagama Islam, jangan terlalu sibuk menghakimi kehidupan orang lain sehingga terlupa bahawa setiap tutur kata sendiri juga akan diadili kelak," kongsinya.