suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tun Dr Hasmah hubungi Shuib ucap takziah, sempat beri semangat lepas kematian Siti Sarah

Tun Dr Hasmah tidak lupa mengucapkan takziah kepada Shuib.

PRIHATIN dengan situasi semasa termasuk hal ehwal dunia seni, Allahyarham Tun Dr Hasmah Ali sendiri pernah menghubungi pelawak Shuib selepas dia kehilangan isterinya.

Menerusi satu video kenangan yang dikongsi oleh Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin, kelihatan Allahyarham mengucapkan takziah kepada Shuib selepas pemergian penyanyi Allahyarham Siti Sarah.

Adam berkongsi video Tun Dr Hasmah menghubungi Shuib. 

"Bila saya maklumkan kepada Tun Hasmah tentang Siti Sarah meninggal dunia pada 2021, arwah terus minta saya dapatkan nombor telefon suaminya, Shuib.

"Sebaik sahaja dapat nombor telefon, terus arwah hubungi," katanya.

Adam Mukhriz merupakan pembantu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan antara individu rapat yang banyak menyimpan kenangan bersama Allahyarham Tun Dr Hasmah.

ARTIKEL BERKAITAN: ”Seminggu lalu baru raikan beliau” - Erma Fatima kelu ‘melepaskan‘ Allahyarham Tun Dr Hasmah 

ARTIKEL BERKAITAN: Tun Siti Hasmah pandai bergurau, minta Misha Omar RM5 untuk bergambar

Dalam video yang dikongsi, Tun Dr Hasmah juga sempat berkongsi nasihat kepada Shuib agar reda dan menerima pemergian isterinya dengan baik.

Untuk rekod, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Kehilangan Tun Dr Hasmah meninggalkan kepada ramai orang. 

Sementara itu, Allahyarham Tun Dr Hasmah Ali menghembuskan nafas terakhir pada 28 September lalu di Institut Jantung Negara (IJN).

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya.

Artikel Lain