suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bella Astillah dan Syed Saddiq bakal anjur dua ‘Kenduri Rakyat‘ sempena majlis kahwin

Saddiq dan Bella bakal anjur dua majlis resepsi di kampung halaman masing-masing.

BAGI meraikan hari bahagia bersama peminat dan orang ramai, pasangan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah bakal mengadakan dua majlis resepsi bertemakan 'Kenduri Rakyat' di kampung halaman masing-masing.

Menurut Syed Saddiq, majlis di Muar, Johor akan berlangsung pada 25 Oktober depan, manakala kenduri di sebelah Bella pula dijadualkan pada 31 Oktober di Kota Kinabalu, Sabah.

Jelasnya, perancangan mengadakan kedua-dua majlis berkenaan dibuat dalam tempoh kurang dua bulan dan mereka turut berdepan pelbagai cabaran sepanjang melakukan persiapan, terutama dalam mendapatkan lokasi yang sesuai.

Syed Saddiq dan Bella pilih tema 'Kenduri Rakyat' untuk rai orang-orang kampung.

“Resepsi kami nanti bertemakan 'Kenduri Rakyat', di mana orang ramai dijemput untuk datang. Majlis kami nanti adalah bertemakan rewang.

“Kalau sebelum ini sambutan Hari Raya di Muar saja sudah mencecah 10,000 orang, jadi kita menjangkakan untuk kenduri kami nanti lebih ramai yang akan datang.

“Jadi majlis itu nanti berkonsepkan siapa cepat dia dapat. Sekiranya makanan habis sekalipun, kami berdua akan tetap berada di sana untuk bersama dengan tetamu yang hadir,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah dan Syed Saddiq tangguh sidang media kahwin, terkejut berita pemergian Tun Siti Hasmah... “Kalaulah tahu itu pertemuan terakhir kita” 

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah makin berdebar menjelang hari bahagia, persiapan kahwin sudah 70 peratus siap

Syed Saddiq berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Walimatulurus Bella Astillah dan Syed Saddiq yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Jumaat.

Berkongsi lebih lanjut, Syed Saddiq memberitahu sebanyak 10,000 cenderahati istimewa turut disediakan untuk tetamu yang hadir ke majlis berkenaan.

Saddiq dan Bella sediakan 10,000 cenderhati untuk para tamu di majlis mereka nanti.

Untuk rekod, Syed Saddiq dan Bella, 32, sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu dan bakal bernikah pada 10 Oktober depan.

Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz pada September 2016.

Pasangan itu kemudian bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum kembali rujuk dan akhirnya berpisah buat kali kedua pada 13 Jun 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden, 9, dan Ara, 6.

Artikel Lain