SEMPAT bertemu Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali tiga hari sebelum pemergiannya, pasangan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah tidak menyangka pertemuan tersebut menjadi kenangan terakhir bersama negarawan berkenaan.Menurut Syed Saddiq, Allahyarham ketika itu kelihatan ceria dan sempat meluahkan rasa tidak sabar untuk menghadiri majlis pernikahan mereka. Malah, pertemuan selama kira-kira dua jam itu menjadi antara kenangan manis yang akan sentiasa dikenang oleh mereka.Memori terakhir bersama Tun Hasmah masih segar di ingatan Syed Saddiq.“Kalau tidak silap, kami bertemu tiga hari sebelum Allahyarham meninggalkan kita semua. Ketika pertemuan itu, Allahyarham berada dalam keadaan sangat ceria.“Beliau juga berkongsi rasa tidak sabar untuk menghadiri majlis pernikahan kami,” katanya.Syed Saddiq berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Jumaat.Dalam pertemuan tersebut, Allahyarham turut menitipkan beberapa nasihat berkaitan kehidupan rumah tangga, khususnya mengenai kepentingan kompromi dan toleransi antara pasangan.ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah dan Syed Saddiq bakal anjur dua ‘Kenduri Rakyat‘ sempena majlis kahwin ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq serah sendiri kad kahwin kepada Tun M dan Tun Hasmah, siap minta petua rumah tangga“Banyak nasihat yang disampaikan, khususnya mengenai pentingnya kompromi dalam rumah tangga.“Perkahwinan bukan sekadar soal cinta semata-mata, tetapi mengenai toleransi dan bagaimana kita bijak berkompromi, melalui ujian serta menangani isu seperti perasaan cemburu dalam hubungan,” ujarnya.Malah, Syed Saddiq masih mengingati bagaimana Allahyarham sempat bergurau dan berkongsi kisah lama, termasuk kisah cintanya bersama suaminya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.“Allahyarham masih mampu bergurau dan mengingati pelbagai perkara yang berlaku 50 atau 60 tahun lalu, termasuk kisah cintanya bersama Tun Dr Mahathir,” ujarnya.Saddiq dan Bella tidak jangka Tun Hasmah 'pergi' mengejut.Sementara itu, Bella memberitahu Allahyarham turut menitipkan pesanan agar dia menjadi seorang isteri yang kuat dan setia di sisi suami dalam menjalani kehidupan berumah tangga.“Ada yang boleh saya kongsikan dan ada yang saya memilih untuk simpan kerana menghormati Allahyarham.“Beliau memberitahu bahawa perjalanan sebagai isteri kepada seorang ahli politik bukan sesuatu yang mudah.“Namun, selagi ada kepercayaan dalam hubungan, insya-Allah rumah tangga akan berkekalan. Toleransi dan rasa hormat terhadap pasangan juga sangat penting,” katanya.Untuk rekod, Syed Saddiq dan Bella, 32, sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu dan bakal mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober depan.Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz pada September 2016.Pasangan itu kemudian bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dan akhirnya berpisah buat kali kedua pada 13 Jun 2024.Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden, 9, dan Ara, 6.