suria

Melly Goeslow jual barangan peribadi, bantu kumpul dana untuk rakyat Palestin

Melly Goeslow jual barangan peribadi untuk sumbang ke rakyat Palestin.

BAGI meringankan beban dan penderitaan ditanggung rakyat Palestin saat ini, penyanyi Melly Goeslow tampil memberikan sokongan dengan memberikan sumbangan derma wang tunai.

Melly atau Melliana Cessy Goeslaw, 49, berkata insiatif yang dibuat ini bagi meringankan penderitaan rakyat negara berkenaan.

Justeru itu, Melly melakukan pengumpulan dana dengan menjual barangan peribadi miliknya.

Difahamkan hasil jualan barangan tersebut akan disalurkan kepada aktivis yang dikenali sebagai Abu Muslim yang kini berada di Gaza.

aaa

Melly kumpul dana bantu rakyat Palestin

Jualan amal itu dibuat selama beberapa jam sahaja dan berjaya mengumpul sebanyak RM226,000.

Menerusi video yang dikongsikan di media sosial itu, Melly Goeslaw mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang kepada rakyat Palestin dengan membeli barangan peribadi miliknya.

Sementara itu, Melly juga menjelaskan bahawa aktiviti penjualan barangan peribadinya itu akan dihentikan seketika kerana kesibukan kerja di Jogjakarta.

"Kebeteluan saya masih lagi shooting di Jogjakarta jadi untuk untuk preloved saat ini belum bisa," tulisnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Aslam tak mampu poligami - Abby Abadi