suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rezeki jual nasi berlauk, Taiyuddin Bakar dapat tajaan tunai umrah

Taiyuddin (kanan) menerima tajaan menunaikan umrah pada 19 Oktober ini.

PELAKON Taiyuddin Bakar tidak menyangka rezekinya mencari nafkah dengan menjual nasi berlauk membawa kepada peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Taiyuddin, 43, merupakan antara lima insan bertuah terpilih menerima tajaan umrah menerusi Tabung Infak Umrah Surau Al-Barakah Menara Kembar Bank Rakyat dengan kerjasama Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (Ikhlas)

Lebih istimewa, berita gembira itu disampaikan menerusi satu eksperimen sosial yang pada awalnya dirancang kru produksi dengan berpura-pura mahu membeli barangan daripada Taiyuddin yang cukup dikenali dengan tagline popular 'Apa Celop Toq'.

Taiyuddin menerima berita gembira melalui satu eksperimen sosial yang dilakukan penaja.

Taiyuddin menerima berita gembira melalui satu eksperimen sosial yang dilakukan penaja.

Namun, eksperimen tersebut bertukar menjadi kejutan apabila Taiyuddin dimaklumkan namanya terpilih sebagai salah seorang penerima tajaan umrah menerusi inisiatif berkenaan.

Berkongsi mengenai perjalanan hidupnya, Taiyuddin berkata dia dan isterinya iaitu Norzazila Zulkafli, 43, telah melalui pelbagai cabaran dalam membina kehidupan bersama sebelum memulakan perniagaan nasi berlauk secara ‘car boot sale’.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu depan kamera, kini belakang but kereta… Taiyuddin Bakar ketepi populariti jual nasi berlauk RM5

ARTIKEL BERKAITAN: Taiyuddin Bakar kini vokalis Uncure selepas lama menyepi, tampil dengan konsert untuk Palestin

Kata Taiyuddin, perniagaan nasi berlauk itu kini menjadi antara sumber rezeki utama mereka dalam menyara keluarga selain membolehkan mereka menawarkan makanan pada harga berpatutan kepada pelanggan.

"Kami berdua sudah tempuh bermacam-macam dugaan. Isteri saya pandai mengait kopiah. Jadi dari sini kita bermula untuk meniaga.

"Daripada hasil jualan itulah, saya dan isteri memulakan perniagaan nasi berlauk ini dan isteri saya memilih konsep berniaga di kereta," katanya. 

Taiyuddin kini menjual nasi berlauk sebagai punca rezeki utama keluarga.

Taiyuddin kini menjual nasi berlauk sebagai punca rezeki utama keluarga.

Menerima khabar itu dengan penuh kesyukuran, Taiyuddin dilihat tidak mampu menyembunyikan rasa syukur dan teruja untuk menjadi tetamu Allah.

"Alhamdulillah, Allahu Akbar, Ya Allah, saya datang. Saya rindu Rasulullah," ujarnya. 

Untuk info, Taiyuddin bersama empat lagi penerima akan mengerjakan ibadah umrah selama sembilan hari tujuh malam dan berangkat pada 19 hingga 26 Oktober ini.

Artikel Lain