REDA menerima ujian dan takdir, pelawak Shuib memberitahu dia sentiasa berlapang dada apabila anak keempatnya iaitu Ayash Affan disahkan menghidap autisme ringan sejak berusia tiga tahun.Bagi Shuib atau Shahmira Muhammad, 42, anak lelakinya itu merupakan anugerah kurniaan Allah dan satu amanah yang perlu dijaga sebaiknya. Bahkan dia juga sentiasa percaya setiap ujian itu akan hadir bersama hikmah terbaik buat keluarganya dalam membesarkan Ayash.Ayash dikeliling keluarga yang sangat menyanyanginya. "Walau apa pun, anak adalah anugerah dan saya bersyukur dengan apa yang Allah berikan. Saya tidak melihat ini sebagai satu kelemahan. Ini adalah hikmah Allah."Siapa tahu Ayash adalah asbab kami sekeluarga masuk syurga. Ayash juga sentiasa mengingatkan saya kepada arwah isteri. Dia adalah pengganti Siti Sarah," katanya ketika dihubungi mStar.Ayash, 5, merupakan anak keempat Shuib bersama isterinya iaitu penyanyi Allahyarham Siti Sarah yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.ARTIKEL BERKAITAN: Ayash hidap autisme ringan sejak usia 3 tahun, Watie kongsi cabaran bantu perkembangan anak tiri ARTIKEL BERKAITAN: Shuib jelaskan punca tangan kanan anak bongsu kurang berfungsi, kesan lahir tak cukup bulanSebelum itu, isteri Shuib iaitu Wati atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, mendedahkan anak tirinya itu menghidap autisme dan mengetahui perkara tersebut selepas Ayash berkenaan menjalani beberapa proses penilaian klinikal seperti yang disarankan oleh hospital.Bercakap tentang perkembangan anaknya, Shuib memberitahu Ayash masih menjalani kehidupan harian biasa seperti kanak-kanak lain di rumah.Di sebalik masalah autisme itu, Shuib juga dapat melihat keistimewaan berbeza dalam diri Ayash.Watie (kiri) berkongsi pengalaman menjaga Ayash. "Syukur dia bukanlah autisme yang teruk. Kalau jumpa Ayash pun mesti lihat dia seperti kanak-kanak normal lain. Dia seorang yang ceria dan dapat berinteraksi dengan ahli keluarga lain seperti biasa. Cuma kadang-kadang ada masa tantrum."Dia seorang kanak-kanak yang bijak, dia boleh menghafal dengan bagus dan mengulangi kata-kata dengan baik. Dia juga memiliki 'telinga' yang baik. Jadi kalau menyanyi memang tak salah nada," ceritanya.Shuib juga memaklumkan dia mula melihat perbezaan pada Ayash sejak kanak-kanak itu berusia tiga tahun sebelum melakukan pemeriksaan kesihatan secara terperinci."Sejak lahir memang tak nampak, cuma lepas tiga tahun itu saya lihat pergerakan bahagian kiri agak terhad. Tangan kiri pun tak boleh berfungsi macam kanak-kanak biasa," ujarnya.