suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

‘Inspektor Tisha’ Gerak Khas minta maaf cemarkan nama baik Yusof Haslam, harap netizen tak cepat hukum

Tisha ketika hadir ke mahkamah pada Khamis.

PELAKON drama Gerak Khas 2.0, Tisha Shamsir membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kontroversi melibatkan dirinya sehingga memberikan kesan terhadap nama baik penerbit, Datuk Yusof Haslam.

Selain mencalarkan nama majikannya itu, Tisha atau nama sebenarnya Shanorbiah Shamsir Alam turut mengakui isu berkenaan memberikan kesan buruk kepada keluarga serta orang sekeliling.

"Saya ingin memohon maaf dan saya sedar perkara ini sedikit sebanyak telah mencemarkan nama baik majikan saya, Datuk Yusof Haslam.

"Saya juga ingin memohon maaf kepada keluarga saya dan hanya mampu mendoakan yang terbaik. Apa pun, ujian daripada Allah ini memang hebat dan sangat berat," katanya kepada pemberita.

Tisha akur kes mahkamah melibatkannya telah mencemarkan nama baik majikan. 

Tisha berkata demikian ketika ditemui selepas sebutan semula kes dadah melibatkan dirinya di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Khamis.

Tenang menerima ujian itu, Tisha berkata dia tetap meneruskan kehidupan seperti biasa dan menghormati proses undang-undang negara.

Tambahnya lagi, setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang kesimpulan terlalu awal terhadap dirinya.

"Saya menjalani kehidupan seperti biasa. Kita semua manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan kesalahan.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Inspektor Tisha’ Gerak Khas tak mengaku salah masukkan tiga jenis dadah 

ARTIKEL BERKAITAN: “Tisha Shamsir minta maaf calar imej Gerak Khas” - Salina Saibi dedah mesej aktres dituduh kes dadah

"Apa yang saya minta daripada netizen di luar sana, janganlah terlalu cepat menghukum seseorang," ujarnya.

Tambahnya, kontroversi tersebut turut memberi kesan kepada kehidupannya dan  menerima perkara itu sebagai satu ujian buatnya.

"Dengan kontroversi ini sedikit sebanyak memang ada gangguan. Kalau orang biasa pun boleh terganggu, apatah lagi orang seperti saya.

"Saya menerima segala dugaan ini dengan hati terbuka dan berharap agar saya terus diberikan kekuatan untuk menghadapinya," ujarnya. 

Saya menerima segala dugaan ini dengan hati terbuka dan berharap agar saya terus diberikan kekuatan untuk menghadapinya

TISHA SHAMIR 

PELAKON 

 

Sementara itu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menetapkan 10 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pada 7 Julai lalu, Tisha ditahan polis selepas disyaki positif dadah jenis methamphetamine.

Pelakon tersebut ditahan di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur dalam sebuah serbuan Op Noda.

Tisha sebelum ini mengaku tidak bersalah atas kesalahan dadah. 

Susulan penahanan itu, Tisha didakwa dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan dadah dan diberikan ikat jamin RM1,000 pada 10 Julai lalu. 

Menurut laporan, dia ditahan bersama 17 individu lain ketika serbuan dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Dalam Gerak Khas 2.0, Tisha diberi peranan melakonkan watak sebagai Inspektor Tisha.

Drama 26 episod itu ditayangkan menerusi saluran TVS, setiap Jumaat pukul 8.30 malam bermula 3 Julai lalu.

Artikel Lain