TANPA berselindung, pelakon Elizabeth Tan mengakui kecewa dengan lakonannya dalam filem Pemuja Syaitan apabila merasakan persembahannya tidak mencapai tahap yang diharapkan.Elizabeth atau Elizabeth Tan Su Mei, 32, berkata dia memilih untuk berterus terang mengenai perasaannya terhadap lakonan berkenaan tanpa cuba menyembunyikan rasa kurang puas hati. "Saya belajar daripada setiap kerja yang saya buat. Malangnya saya tak puas hati dengan lakonan saya dalam filem ini."Tapi ia tetap sebuah filem yang bagus. Korang (netizen) tetap kena tonton untuk Liyana Jasmay dan pelakon-pelakon lain.Elizabeth mahu memberikan lakonan terbaik dalam setiap tawaran diterima. "Saya memang jujur. Saya tak suka ‘cover-cover’. Kalau saya tak suka, saya cakap saya tak suka lakonan saya. Saya memang kecewa dengan diri sendiri," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Elizabeth menjelaskan dia merasakan lakonannya dalam filem arahan Liyana Jasmay itu agak kurang memberikan impak seperti yang diinginkannya."Saya sebenarnya tak suka lakonan saya, bila saya tonton filem ini rasa macam saya under-acted, under-performed. Kalau boleh saya mahu berikan lebih baik, saya rasa ini bukan antara lakonan terbaik saya. "Saya jangkakan cara ‘cutting’ dia berbeza. Masa berlakon, saya fikir mereka akan guna syot tertentu tetapi mereka guna syot lain.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Elizabeth Tan sedar kekurangan teknik vokal, tak ambil banyak tawaran nyanyian... Tetap bangga keunikan suaraARTIKEL BERKAITAN: [V] Liyana Jasmay tak boleh tidur, berat badan naik 4kg gara-gara ‘Pemuja Syaitan’"Tapi itu silap saya juga. Sepatutnya saya beri lakonan sebaik mungkin untuk semua syot. Ada banyak syot saya tengok dan terfikir, kenapa mereka pilih yang ini?" ujarnya.Bagaimanapun, Elizabeth tidak menyalahkan pihak produksi atas perkara tersebut, sebaliknya menganggap pengalaman tersebut sebagai pengajaran untuk dirinya supaya sentiasa memberikan persembahan terbaik dalam setiap situasi.Kata Elizabeth, dia sentiasa meletakkan dirinya sebagai pengkritik terhadap setiap tawaran lakonan yang diterima dan terbuka menerima sebarang penilaian terhadap hasil kerjanya.Elizabeth menjadi pengkritik terhadap lakonannya sendiri."Setiap tawaran yang diterima, saya adalah pengkritik bagi diri sendiri. "Kalau saya sendiri menilai lakonan saya seperti itu, saya jangkakan orang lain juga akan memberi penilaian sama. Saya rasa itu adil," katanya. Selain Elizabeth, Pemuja Syaitan turut dibintangi barisan pelakon termasuk Zul Ariffin, Nadhir Nasar dan Aila Azizul.Filem berkenaan bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 15 Oktober ini.