PENYANYI Aina Abdul terpaksa berjaga malam selepas diberi tanggungjawab mewakili Malaysia dalam pertandingan Eurovision Asia 2026 yang bakal berlangsung di Bangkok, Thailand pada 14 November depan.Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 33, bakal mempertaruhkan lagu berjudul Bluest Sky dan mendedahkan karya tersebut disiapkan dalam tempoh kira-kira sebulan sebagai persiapan menghadapi pertandingan berkenaan. "Boleh tahan, dalam sebulan juga. Memang tidak tidur malam. Selepas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40), otak saya memang fikir Eurovision sahaja.Aina sudah bersedia untuk bertanding di Eurovision Asia 2026."Tanggungjawab saya besar kali ini dan saya rasa gementar seperti pertama kali masuk AJL dahulu. Ada rasa teruja dan debaran yang sama,” katanya ketika ditemui pada sesi pendengaran eksklusif di Rex KL, Petaling Street, Kuala Lumpur pada Khamis.Berkongsi mengenai proses menghasilkan Bluest Sky, Aina berkata lagu berkenaan memberikan cabaran berbeza, khususnya ketika proses rakaman yang mengambil masa lebih lama daripada kebiasaannya."Kesukaran untuk Bluest Sky ini, dah lama saya tidak rasa begini. Proses penulisan sebenarnya lebih mudah berbanding rakaman.ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul sanggup tunggu 2 jam depan klinik, sedih pemergian ‘Hiro’ semasa sibuk persiapan AJL40 ARTIKEL BERKAITAN: Pertemuan tanpa sengaja dengan peminat ubah pemikiran Aina Abdul, gunung berapi simbolik kemarahan lagu ‘Kamu’"Ketika menulis, saya ada satu perasaan yang terbuku di hati. Tetapi semasa merakam, ia melibatkan emosi yang berbeza kerana saya perlu menjiwai watak itu."Kesukarannya adalah semasa rakaman. Saya ingat lagi rakaman dari pagi sampai malam tidak selesai. Itu adalah tempoh paling lama bagi saya,” ujarnya.Menurut Aina, dia kebiasaannya hanya mengambil masa sekitar dua jam untuk menyiapkan rakaman sesebuah lagu, namun Bluest Sky memerlukan sehingga 10 jam. Lagu ini ‘besar’ dan tiada ruang rehat.AINA ABDULPENYANYI"Biasanya saya suka siapkan dalam masa dua jam, tetapi untuk lagu ini saya ambil masa kira-kira 10 jam."Saya berpindah studio dari Seremban ke Kuala Lumpur semata-mata kerana tidak mendapat bunyi yang betul."Walaupun kedengaran indah, di sebaliknya banyak liku dan cabaran," katanya.Tambah Aina, cabaran paling besar adalah untuk menyampaikan keseluruhan emosi lagu tersebut dalam tempoh hanya tiga minit seperti yang ditetapkan pertandingan Eurovision.Aina sedia berdepan dengan pelbagai cabaran lain di .Eurovision Asia 2026."Kesukarannya adalah untuk menyanyikannya. Lagu ini ‘besar’ dan tiada ruang rehat."Untuk Eurovision, durasinya mestilah tepat tiga minit. Umum tahu saya suka buat persembahan yang lebih masa, sampai empat atau lima minit."Jadi cabarannya adalah untuk mencurahkan segala emosi marah, cinta dan sedih dalam tempoh tiga minit itu."Ia adalah perkara paling sukar buat saya, tetapi Alhamdulillah kami berjaya," ujarnya.Aina banyak berkorban untuk Bluest Sky.Sementara itu, Aina menyifatkan Bluest Sky sebagai bahasa cinta dan surat cinta yang ditujukan kepada seseorang yang penting dalam hidupnya."Lagu ini bahasa cinta saya, surat cinta saya kepada seseorang yang penting dalam hidup saya."Tidak semestinya orang itu masih ada atau tidak, itu imaginasi saya sebagai penulis lagu. Lagu ini diilhamkan daripada kisah benar."Saya memang seorang yang ‘fall for love’. Sebab itu ayat terakhir saya adalah, ‘If losing you means finding myself, then I don’t want this to be over’. Aina Abdul sentiasa berharap," kongsinya.Bluest Sky dicipta sendiri oleh Aina Abdul dengan susunan muzik eksklusif daripada pengubah Mac Chew.