SELEPAS meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial, pelawak Jep Sepahtu sekali lagi mencuri perhatian apabila memuat naik resit pembayaran zakat perniagaan yang dilunaskan setiap tahun.Jep atau Mohd Nadzri Zainal Abidin, 41, berkata perkongsian tersebut bukan bertujuan untuk bermegah dengan jumlah zakat yang dibayar, sebaliknya sebagai bukti bahawa dia tidak pernah mengambil hak orang lain. "Resit ini untuk dibuktikan bukan dibanggakan. Kalau sembang semua orang boleh sembang. Lagi-lagi sekarang zaman podcast, modal air liur je lah. Jep berkongsi bukti pembayaran zakat perniagaan dari tahun 2016 hingga 2025."Alhamdulillah rezeki yang Allah titipkan pada aku dengan izin Allah aku turut berkongsi. Mana mungkin hak orang pula aku nak ambil," katanya. Jep berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram pada petang Khamis. Menerusi hantaran sama, dia turut memuat naik beberapa resit pembayaran zakat dengan jumlah antara RM50,000 hingga RM300,000 bagi tempoh tahun 2016 hingga 2025.ARTIKEL BERKAITAN: “Game apa kau nak main ni?” - Jep tiba-tiba ‘meletup’, muak Shuib ungkit isu sama... Tunjuk bukti WhatsApp tak berbalasARTIKEL BERKAITAN: Dah baca luahan panas Jep, ini respons Shuib!Dalam pada itu, Jep turut merakamkan penghargaan kepada syarikat yang pernah memberi peluang kepadanya sepanjang berada dalam industri seni. "Terima kasih Astro untuk Sepahtu Reunion & Sinar (2015-2025)," ujarnya.Sebelum ini, Jep memuat naik potongan klip daripada sebuah episod podcast yang memaparkan pelawak Shuib dan Mamat meminta pandangan pelawak Azlee Senario mengenai isu pembahagian bayaran dalam kumpulan yang didakwa dilakukan secara tidak adil.Walaupun tidak menyebut nama sesiapa, perkongsian berkenaan dipercayai seolah-olah merujuk kepada Jep yang juga merupakan anggota kumpulan Sepahtu.Jep dalam hantaran sama turut menasihati Shuib supaya menyelesaikan perkara yang lebih penting, termasuk isu potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perniagaannya yang pernah tertunggak sebelum ini.