NAMA penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan antara yang menjadi perhatian selepas seorang individu di Threads menyenaraikan tiga artis Malaysia yang didakwa tidak boleh menyanyi.Elizabeth atau Elizabeth Tan Su Mei, 32, bagaimanapun melihat perkara itu daripada sudut berbeza apabila menganggap keunikan ton suaranya sebagai identiti tersendiri. Malah, kata Elizabeth dia mengakui kelemahan teknik vokal menjadi antara sebab tidak banyak menerima tawaran untuk membuat persembahan nyanyian."Saya dah tinggalkan komen di hantaran tersebut, saya percaya memang ton suara saya agak unik. Kalau orang dengar lagu tanpa lihat muka pun akan tahu itu Lizzy (panggilan Elizabeth). Elizabeth terbuka menerima kritikan di media sosial."Saya bangga dengan keunikan suara itu dan tidak pernah rasa rendah diri. Tak semua orang ada. "Tapi daripada segi teknik penyanyi memang saya tak pandai dan disebabkan itu tidak banyak ambil tawaran persembahan menyanyi," katanya kepada mStar.Dalam pada itu, Elizabeth menjelaskan dia tidak pernah menganggap dirinya seorang penyanyi hebat memandangkan tidak pernah mengikuti kelas vokal atau menjalani latihan khusus dalam bidang nyanyian.Ujar Elizabeth, dia lebih banyak memberikan tumpuan kepada bidang lakonan yang menjadi antara fokus utamanya dalam industri seni.ARTIKEL BERKAITAN: “Sekarang satu pun tiada“ - Elizabeth Tan idam dua anak sebelum umur 35, jalani IVF selepas tiga tahun ‘mencuba‘ARTIKEL BERKAITAN: Sembilan tahun hadap masalah rambut gugur, Elizabeth Tan masih belum jumpa penawar"Nasib baik dia tak kutuk lakonan, kalau tak memang saya akan tertekan kerana meletakkan usaha yang lebih dalam bidang lakonan. "Kalau bab menyanyi, saya tak pernah cakap saya pandai menyanyi. Tak pernah pun cakap saya ini hebat menyanyi. "Saya tak pernah masuk kelas vokal atau training sebagai seorang penyanyi. Saya pernah terfikir untuk belajar vokal daripada Ernie Zakri tapi kesibukan komitmennya buatkan saya masih tidak berpeluang lagi,” ujarnya.Bagaimanapun, pandangan tersebut tidak menghalang Elizabeth daripada terus menghasilkan karya baharu. Kalau orang dengar lagu tanpa lihat muka pun akan tahu itu Lizzy.ELIZABETH TANPENYANYI & PELAKONMalah, dia kini dalam proses menyiapkan beberapa lagu yang ditulis sendiri dan bakal dilancarkan dalam masa terdekat."Saya sedar diri tapi dalam masa sama bukan bermaksud saya akan berhenti menyanyi. Saya suka menulis lagu. "Saya suka juga menyanyi dalam genre yang sesuai dengan suara. Nanti dengarlah lagu baharu saya, peminat akan lihat sisi berbeza Elizabeth Tan. Elizabeth mengakui kekurangan daripada segi vokal nyanyian."Saya akan lancar enam atau tujuh lagu baharu mungkin pada tahun ini atau awal tahun depan. Semua saya tulis sendiri, agak gementar juga tetapi dalam masa sama rasa teruja," katanya. Sebelum ini, seorang individu menerusi Threads menyenaraikan tiga artis Malaysia yang menurut pandangannya tidak boleh menyanyi dan memiliki suara yang tidak sedap.Selain Elizabeth, dua nama lain yang turut disenaraikan ialah Nabila Razali dan Daiyan Trisha.Tidak melatah dengan kenyataan tersebut, Elizabeth membalas hantaran berkenaan dengan mengakui dirinya sedar memiliki ton suara yang unik selain menganggap kemampuan teknik vokalnya masih perlu diperbaiki.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube