TERPAKSA berjauhan dengan keluarga kerana perlu memenuhi tuntutan kerja di China bukan sesuatu yang mudah buat penyanyi Shila Amzah.Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 36, bagaimanapun berkata dia reda dan perlu kuat menahan perasaan rindu itu, malah menganggap ia sebagai satu pengorbanan demi masa depan anak-anak. "Meninggalkan mereka untuk pergi bekerja memang selalu menjadi perkara yang sukar.Pesanan Seth pada Shila undang sebak ramai."Saya selalu ingatkan diri sendiri untuk terus kuat sebab apa yang saya lakukan ini adalah untuk mereka, untuk masa depan mereka," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.Menurut Shila, anak lelakinya iaitu Seth, yang kini berusia tujuh tahun turut sering memberikan kata-kata semangat kepadanya agar dia tidak berasa terbeban."Seperti yang selalu Seth cakap... Mama, mama kena kerja dengan mudah dan kena gembira."Dia tak mahu mama bekerja terlalu kuat dan terlalu penat. Itu satu peringatan yang sangat besar daripada anak kecil mama.ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah sekeluarga pindah China tahun depanARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah iktiraf bapa tiri figura datuk terbaik buat anak-anaknya"Baru berusia tujuh tahun tetapi sudah mempunyai kebijaksanaan seperti itu," ujarnya.Dalam hantaran sama, Shila turut memberitahu dia terpaksa meraikan ulang tahun kelahiran Seth beberapa hari lewat berikutan tuntutan kerja.Jelasnya, ulang tahun kelahiran Seth jatuh pada 31 Ogos lalu, namun mereka mengambil keputusan untuk mengadakan sambutan berkenaan pada Hari Malaysia."Saya sempat buat sambutan kecil untuk Seth sebelum berangkat ke China.Shila mempunyai dua orang cahaya mata."Hari jadi Seth sebenarnya pada 31 Ogos, tetapi kami buat keputusan untuk sambut pada Hari Malaysia," kongsinya.Shila pada masa sama menitipkan doa agar anaknya membesar sebagai insan yang baik serta menjadi anak yang soleh."Semoga Seth menjadi anak yang soleh. Mama, papa dan semua orang sayang Seth sangat-sangat, wahai anak mama.Shila kerap ulang alik Malaysia dan China."Mama harap mama dapat buat Seth bangga. Saya tulis ini dalam kapal terbang dengan hati yang sangat berat," katanya.Untuk rekod, Ubai dan Shila mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Rhea Akira, 2 tahun. Shila juga memiliki seorang lagi anak iaitu Seth Uqais, 7, hasil perkahwinan terdahulu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube