PELAKON Fazlina Ahmad Daud secara terbuka menegur fesyen pakaian digayakan penyanyi Aisha Retno ketika menyertai acara Keretapi Sarong 2026 pada Rabu.Menurut Fazlina, 51, kain batik yang dikenakan oleh Aisha itu dilihat terlalu singkat dan tidak sesuai. "Kain batik itu kasi panjang sikit dik, lain macam bila pendek begitu. Fesyen begitu tak on dik.Komen yang ditulis Fazlina di laman Threads. "Kalau nak senteng buku lali itu okay lagi. Yang ini atas sangat. Buat skirt pendek terus dari kain tu," katanya dalam satu hantaran di Threads.Komen tersebut ditulis pada satu video pengguna media sosial yang memuji penampilan Aisha ketika tampil pada acara berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Ditegur salah pakai busana tradisi kaum Iban, Aisha Retno tampil mohon maaf ARTIKEL BERKAITAN: “Ini identiti saya” - Aisha Retno tenang jawab kritikan pakai korset, fesyen sesuai dengan konsep laguDalam pada itu, Fazlina turut meminta pereka fesyen supaya lebih peka kerana kain batik yang dipakai juga merupakan sebahagian lambang budaya tempatan."Harap pereka fesyen ambil perhatian."Kita tegur cara elok. Semoga pakaian tradisi kita terpelihara, teguran ini pun untuk pereka fesyen juga," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube