NIAT seorang wanita membeli keperluan anak-anak menggunakan wang hasil jualan dadih yang disimpan diambil suami tanpa pengetahuannya.Lebih menyedihkan, wanita berkenaan mendakwa suaminya langsung tidak menunjukkan rasa bersalah selepas mengambil wang tersebut yang disimpan sejak beberapa bulan lalu. Menurutnya, dia terkejut apabila mendapati tabung yang disimpan di dalam laci rak televisyen kosong ketika mahu mengambil wang berkenaan."Simpanan duit hasil jualan dadih kena 'sebat' dengan manusia yang tak berguna. Langsung tak rasa bersalah. Berbulan menyimpan sebab jualan tak banyak. Tak ada tempahan.Suami sepatutnya menjaga kebajikan isteri dan anak-anak. -Gambar hiasan AI"Masa saya buka tabung, kosong isi dalam tu. Tabung itu saya letak dalam laci rak TV. Duit itu saya nak beli stroller baby."Kumpul untuk beli baju uniform kokurikulum sekolah anak-anak sebab mereka ada seorang bapa yang tak guna. Semua perihal anak 100 peratus aku sendiri yang pikul," luahnya.Menurut wanita itu, mereka kini dalam fasa perpisahan namun suaminya masih datang ke rumah dengan alasan mahu berjumpa anak-anak."Kenapa jadi suami tak guna, jadi bapa pun sama tak guna. Bila aku tanya boleh dia cakap duit tu dia pinjam. Berapa ratus kali pinjam tak pernah dia bayar balik.ARTIKEL BERKAITAN: “Moga Tuhan sempitkan rezeki” - Ramai geram sikap suami kedekut... Duit belanja dapur hanya RM300, ibu sendiri dapat sampai empat angka!ARTIKEL BERKAITAN: Tanggung 80 peratus belanja rumah, kena bayar suami duit minyak sebab hantar ke ofis... Hulur RM30 dicop kedekut!"Menyesal kenal lelaki perangai tak guna. Kami dalam fasa berpisah tapi sesekali dia ada datang jenguk dengan alasan nak jumpa anak-anak."Tak sangka dia boleh 'sebat' (ambil duit dalam tabung) macam itu je," ujarnya. Luahan tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasib wanita berkenaan selain mengecam tindakan si suami."Ya Allah kesiannya sis. Lepas ini kena sorok tempat yang dia tak nampak. Jahatnya main ambil duit isteri macam itu sahaja.Wanita sedih duit tabung hasil jualan dadih lesap didakwa angkara suami.Simpanan beli stroller bayi dan keperluan anak didakwa habis diambil suami.Ibu berniaga kecil-kecilan kecewa tabung simpanan untuk anak kosong.Wanita dakwa suami datang jumpa anak sebelum duit simpanan hilang.Simpan duit sikit demi sikit, wanita terkilan suami didakwa ambil tanpa izin.Ringkasan ini dijana oleh AI"Saya pun meniaga dan simpan duit jualan dalam tabung juga, tapi nasib baik suami saya tak macam ini," ujar seorang netizen.Menurut pengadu, ini merupakan kali pertama dia berdepan situasi sedemikian sejak berniaga secara kecil-kecilan demi menampung keperluan keluarga."Saya simpan dalam tabung sebab berniaga kecil-kecilan saja. Saya tak pernah kena macam tu. Sudah la simpanan yang ada itu saya ambil sikit-sikit."Saya nak buat belanja sekolah, makan dan segalanya tapi tak sangka dia bersikap kejam," jelasnya membalas salah satu komen.