suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kereta berbau susu basi, memandu pakai kain batik... Penumpang e-hailing ini ada sebab tak sampai hati bagi ‘rating’ rendah

Kebersihan kenderaan dan keselesaan penumpang perlu menjadi keutamaan pemandu e-hailing. -Gambar hiasan AI

HANTARAN seorang wanita tentang pengalamannya menaiki perkhidmatan e-hailing benar-benar menyentuh emosi ramai.

Mana tidaknya, coretan itu menceritakan tentang pemandunya yang kelihatan begitu serabut, seolah-olah sedang bergelut dengan beban hidup.

Menurut individu itu, dia menaiki kenderaan dipandu seorang wanita yang masih berkain batik dari Cheras menuju ke Putrajaya.

"Saya rasa dia macam tengah serabut sangat. Kereta dia bersepah dan berbau masam seperti susu basi. 

"Saya tegur baik-baik dan dia minta maaf lebih tiga kali sebelum buka tingkap sepanjang perjalanan. Dia buka tingkap. Jadi saya hadap saja perjalanan tanpa aircond dengan bau kereta macam tu," ujar pelanggan itu.

Pemandu e-hailing perlu mengutamakan keselesaan pelanggan. -Gambar hiasan

Meskipun terpaksa menempuh perjalanan yang kurang selesa, wanita berkenaan memilih untuk bertindak matang.

Dia enggan membuat sebarang aduan rasmi mahupun memberikan penilaian buruk terhadap pemandu berkenaan.

"Selepas keluar kereta, saya pesan dekat dia... lepas ni awak pergi cuci kereta ya. Dia cakap okay tapi sebak macam nak menangis.

"Saya ambil keputusan untuk tak buat sebarang aduan atau bagi rating buruk sebab dia pun dah minta maaf dan dia pandu kereta okey je.

"Saya harap pemandu wanita itu dalam keadaan baik-baik saja," katanya lagi dalam hantaran tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda menyesal bida harga tambang murah, tersentak dengar kisah hidup pemandu e-hailing - “Acik cari duit kemoterapi anak”

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu e-hailing kongsi kisah tip RM20... Penumpang menangis sepanjang perjalanan, rupanya bapa tengah nazak

Perkongsian tersebut kemudian mengundang pelbagai reaksi netizen.

Ramai yang tumpang simpati, malah ada yang membuat spekulasi bahawa bau masam tersebut berkemungkinan datang daripada susu badan memandangkan pemandu itu dipercayai seorang ibu yang menyusukan anak.

"Kalau bau susu masam, mungkin dia seorang ibu tengah menyusu. Saya harap awak bagi duit tip dekat dia. Sekurang-kurangnya bagi semangat dia bangkit. Jelas sekali dia pun tak nak ada dalam posisi tu.

"Mungkin tengah berpantang, duit tak ada. Mungkin nak beli pampers, susu anak. Ada masalah. Semoga dipermudahkan segala urusan. Terima kasih sis tak bagi rating rendah," komen beberapa netizen.

  • Dalam pada itu, seorang lagi individu mendakwa pernah menaiki kereta wanita sama, tiga minggu lalu.
  • Pelanggan sebak lihat keadaan pemandu e-hailing wanita yang dipercayai sedang susah hidup.
  • Wanita pilih tak beri rating rendah walaupun perjalanan tanpa aircond dan kereta berbau.
  • Kisah pemandu e-hailing wanita minta maaf berkali-kali undang simpati netizen.
  • Netizen syak pemandu wanita itu seorang ibu menyusu yang sedang bergelut hidup.
  • Perkongsian pelanggan tentang pemandu wanita serabai buat ramai tersentuh hati.

Dalam pada itu, ada seorang individu mendakwa yang dia juga pernah menaiki kenderaan dipandu pemandu wanita yang sama sekitar tiga minggu lalu.

"Saya rasa pernah dapat dia sebagai pemandu saya juga. Ye bau yang sama, tak ada aircond. Tapi dia cakap sebab kereta bermasalah dan cepat-cepat hantar saya sebab nak baiki kereta.

"Dia pakai tudung ke? Dia hantar saya dari Ampang ke Damansara tapi dia sangat baik dan minta maaf banyak kali. Kesian juga tengok," kata individu berkenaan di ruangan komen.

Bagaimanapun menurut wanita yang berkongsi pengalaman itu, pemandu berkenaan dikatakan sedikit berbeza kerana dalam keadaan tidak bertudung dan serabai.

"Dalam gambar profil akaun e-hailing dia bertudung. Tapi waktu saya naik dia free hair. Rambut dia berikat sanggul. Macam kusut masai juga la.

"Badan dia gempal-gempal sikit. Tak pasti jika orang yang sama atau tidak," demikian respons wanita itu terhadap komen netizen berkenaan.

Artikel Lain