suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Janji nak kahwin apabila usia 18 tahun” - Cikgu amang seksual murid sekolah rendah didakwa cuba selesai kes luar mahkamah

Di Malaysia, sebarang perlakuan seksual melibatkan kanak-kanak di bawah umur boleh dikenakan tindakan undang-undang. -Gambar hiasan

BEKAS pendidik, Mohd Fadli Salleh mendedahkan seorang guru sekolah rendah di Johor yang sebelum ini dikaitkan dengan kes hubungan seksual melibatkan murid Tahun Enam, kini didakwa kembali mengajar seperti biasa di sekolah.

Pendedahan itu dibuat menerusi hantaran di Facebook miliknya sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa.

Dakwa Mohd Fadli, pendedahan itu dibuat selepas dia membaca sendiri laporan polis berkaitan kes tersebut yang dikatakan berlaku di Masai, Johor.

Ujarnya lagi, guru berkenaan sebelum ini disiasat selepas didakwa melakukan hubungan seks dengan murid sekolah rendah, namun kes itu dikatakan cuba diselesaikan secara tidak mengikut undang-undang.

"Baru baca laporan polis, guru sekolah rendah buat hubungan seks dengan murid Tahun Enam. Tapi kes settle luar lepas cikgu tu janji nak kahwin dengan murid tu apabila dia capai usia 18 tahun," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu kelas didakwa amang seksual pelajar Tingkatan 2 bawah pokok, tunjuk gambar alat kelamin di WhatsApp

Menurut Mohd Fadli lagi, aduan juga didakwa pernah dibuat menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA), namun guru terbabit hanya ditempatkan sementara di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sebelum kembali mengajar tahun ini.

"Laporan polis itu bulan November 2025. Sekarang dah masuk mengajar di sekolah rendah balik. Sekejap betul ‘pool’ (Jawatan Kumpulan) pun.

"Jadi, guru tu masih mengajar macam biasa di Johor. Ada parents yang tahu kes itu sangat risau apabila anak perempuan mereka diajar oleh guru tersebut.

"Nak buat macam mana ni? Report polis tak jalan. Report SisPAA pun sepi.

"Kejadian ini berlaku di Masai, Johor. PPD dan JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) sana mesti tahu saya merujuk kepada kes yang mana," dakwanya.

Justeru Mohd Fadli menggesa pihak yang berkenaan agar tampil memberi penjelasan berhubung status guru tersebut demi keselamatan murid.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak polis, PPD mahupun JPN Johor berhubung dakwaan yang tular itu.

Artikel Lain