KEDIAMAN pelakon Kim Gyuri menjadi sasaran pecah masuk seorang penjenayah dalam satu cubaan merompak.Bagaimanapun, hasrat tersebut tidak tercapai apabila seorang wanita yang tinggal bersama pelakon tersebut berjaya menggagalkan niat suspek untuk melarikan wang tunai.Gyuri tiada semasa kejadian tersebut berlaku. Menurut kenyataan pihak polis, suspek yang merupakan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu bertindak melarikan diri selepas kehadirannya disedari oleh rakan serumah Gyuri.Berdasarkan laporan, wanita berkenaan mengalami kecederaan akibat diserang dalam pergelutan tersebut.“Seorang perompak cuba mengikat saya,” kata rakan Gyuri selepas menghubungi pihak berkuasa sebanyak 112 kali. ARTIKEL BERKAITAN: Rela bertahan demi anak, Acha Septriasa akui ramai wanita terjebak perkahwinan toksikARTIKEL BERKAITAN: Paul McCartney ada alasan tolak permintaan peminat mahu bergambar… Kaitkan dengan analogi monyetSusulan itu, penjenayah tersebut berjaya dikesan dalam hanya kira-kira tiga jam selepas kejadian. Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan dan dalam proses memohon waran tangkap terhadap lelaki itu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!