suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelik! Peminat fanatik telan wajah Glen Powell, setiap hari kunyah sekeping gambar

Wajah kacak Glen menjadi tumpuan ramai peminat wanita.

PELAKON Glen Powell berkongsi pengalaman pelik berdepan seorang peminat fanatik yang sanggup memakan 'wajahnya' yang dicetak di atas sekeping kertas selama lebih 100 hari.

Wanita berasal dari United Kingdom itu mencetak wajah pelakon tersebut di atas kertas yang boleh dimakan dan mengunyahnya sehingga habis setiap hari demi mendapatkan perhatian aktor berkenaan.

Glen, 38, mula menyedari perkara itu selepas dimaklumkan individu terbabit hadir ketika acara karpet merah tayangan filem lakonannya berjudul The Running Man di London.

Monique menunjukkan aksi dia menguyah kertas yang tertera wajah Glen. 

“Ada seorang wanita di London yang sudah mencetak gambar wajah saya dan memakan wajah saya setiap hari.

“Saya langsung tidak tahu perkara ini berlaku sehinggalah ia diceritakan kepada saya ketika berada di karpet merah,” katanya.

Wanita yang dikenali sebagai Monique itu dipercayai memulakan cabaran memakan wajah Glen bagi mendapatkan perhatian pelakon tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Paul McCartney ada alasan tolak permintaan peminat mahu bergambar… Kaitkan dengan analogi monyet 

ARTIKEL BERKAITAN: Sah bercinta! Hawaii eratkan hubungan Kendall Jenner, Jacob Elordi

Dalam beberapa video yang dimuat naik di TikTok, Monique menulis dia tidak akan berhenti melakukan rutin itu sehingga Glen memberinya satu watak sampingan dalam sebuah filem.

Sementara itu, Glen turut menceritakan pengalaman berbeza apabila seorang peminat meminta tanda tangan pada sekeping gambar dia bersama keluarganya, sedangkan foto berkenaan tidak pernah diketahui umum.

“Saya pun tertanya-tanya dari mana dia mendapatkan gambar tersebut,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain