SENIWATI legenda, Datuk Seri Maria Menado menghembuskan nafas terakhir selepas 16 hari bertarung nyawa akibat serangan strok buat kali kedua.Berita duka itu dikongsi oleh cucunya, Dr Ridzuan Kushairi Mohd Ramli, 52, yang memaklumkan Allahyarham sebelum ini menerima rawatan di Hospital Pakar KPJ Damansara, Selangor sejak tiga minggu lalu. "Arwah sebenarnya diserang strok buat kali kedua dan kali ini agak kritikal. Dia sudah bertarung nyawa selama 16 hari di hospital.Sekitar suasana di Masjid Umar Al-Khattab Bukit Damansara."Sepanjang rawatan, semangatnya masih kuat, namun disebabkan faktor usia iaitu 94 tahun, akhirnya dia pergi juga," katanya kepada mStar.Berkongsi mengenai keperibadian Allahyarham, Dr Ridzuan menyifatkan neneknya sebagai seorang yang penyayang namun tegas dalam mendidik anak dan cucu."Sebagai nenek, dia sangat penyayang, tetapi cara sayangnya seperti orang dulu-dulu... nampak garang tetapi bukan kejam.ARTIKEL BERKAITAN: Seniwati legenda Maria Menado meninggal duniaARTIKEL BERKAITAN: [V] Isma Aliff meninggal dunia"Dia sangat menitikberatkan disiplin dan integriti dalam keluarga. Antara yang paling diingati adalah ketelitiannya dalam memasak, setiap cara memotong perlu diikuti dengan tepat,” ujarnya.Sementara itu, anak keempat Allahyarham, Tengku Datuk Seri Idris Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar berkata keluarga sempat menunaikan hasrat terakhir arwah untuk dibawa pulang ke rumahnya di Bukit Jelutong sebelum dikebumikan."Arwah pernah menyatakan hasrat untuk dibawa pulang ke rumah sekiranya meninggal dunia. Sebab itu kami singgah dahulu di rumah sebelum ke tanah perkuburan.Allahyarham terkenal dengan Pontianak (1957)."Di sana kami mengadakan bacaan Yasin. Di hospital juga semua anak-anak berada di sisi arwah."Kami sudah bersedia kerana doktor memaklumkan keadaannya semakin merosot," katanya.Allahyarham Maria Menado menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.25 tengah hari Khamis.Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!