MEMILIKI rupa paras tampan rupanya bukanlah satu kelebihan, sebaliknya boleh menjadi penghalang untuk ditawarkan watak tertentu.Perkara itu diakui oleh pelakon Malek Mccrone, 32, yang mendedahkan pernah ditolak untuk menjayakan beberapa nashkah gara-gara wajahnya dilihat terlalu tampan. "Susah saya nak komen isu ni, mungkin kena tanya pihak produksi atau stesen televisyen sebab memang ada kerja yang asalnya nak ambil saya tapi akhirnya mereka kata saya terlalu kacak untuk watak tersebut.Malek sanggup mengubah penampilan untuk watak berbeza. "Padahal bagi saya, ramai lagi orang Malaysia yang kacak-kacak," katanya ketika ditemui mStar semasa sidang media dan tayangan perdana Drama astro Original Good Boy Go To Heaven di KLCC pada Rabu. Tambah Malek, dia bukanlah seorang yang terlalu selektif dalam memilih naskah, sebaliknya hanya mahukan kualiti dalam setiap karya yang dijayakan."Sebagai pelakon kita memang mahukan skrip yang elok dan pasukan kerja yang bagus. ARTIKEL BERKAITAN: Cukup seminggu tak jaga makan, Malek Mccrone kembali amal diet ketat... Bakal sertai larian 100 kilometer di Thailand ARTIKEL BERKAITAN: Impian berlakon filem akhirnya tercapai, Alya Iman sebak terkenang arwah ibu dan bapa"Bukanlah terlalu memilih, cuma kita mahukan hasil yang terbaik daripada yang terbaik," ujarnya. Ditanya adakah faktor wajah kacukan mengehadkan peluangnya, Malek tidak menolak kemungkinan itu."Mungkin juga, sebab kalau kita tengok dalam kelompok pelakon lelaki, tak ramai yang wajah Pan-Asian berbanding pelakon wanita. Saya tidak menolak kemungkinan itu. "Apa-apa pun sebagai pelakon, kita kena jadi macam kameleon. Kita kena cuba sedaya upaya untuk sesuaikan penampilan fizikal dan pembawaan dengan watak yang diberi," tambahnya. Wajah kacak Malek dikatakan tidak sesuai untuk semua watak dalam drama. Tidak mahu menjadikan rupa paras sebagai penghalang, Malek berkata dia sentiasa bersedia untuk melakukan transformasi drastik demi tuntutan watak."Saya anggap itu sebagai salah satu cabaran untuk saya berusaha lebih keras lagi. Saya sentiasa bersedia kalau watak memerlukan saya jadi buruk, seburuk-buruknya, saya akan lakukan. "Nak botakkan kepala atau buat gaya skinhead pun saya sanggup," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!