SELEPAS sedekad, akhirnya penantian peminat mahu menyaksikan kumpulan 5 Seconds of Summer (5SOS) beraksi di Malaysia bakal tercapai apabila mereka kembali menggegarkan Kuala Lumpur.Konsert Everyone’s A Star! 2026 World Tour yang dibawakan oleh SAH Entertainment itu akan berlangsung di Unifi Arena KL (dahulunya dikenali sebagai Axiata Arena) pada 17 November depan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SAH Entertainment, Sufi Rashid, pemilihan 5SOS untuk kembali beraksi di Malaysia dibuat selepas menerima permintaan tinggi peminat yang membesar dengan muzik kumpulan tersebut.5SOS kembali ke Malaysia selepas 10 tahun."Kami melihat trend artis era 90-an dan 2000-an kembali ke Malaysia, menerima sambutan luar biasa daripada peminat. "5 Seconds of Summer pula dekat dengan generasi muda yang kini berada dalam fasa menghadiri konsert. "Ini adalah momen yang sudah lama dinantikan selepas 10 tahun," katanya.Kemunculan semula 5SOS ke Malaysia dijangka menjadi malam penuh emosi, nostalgia bersama tenaga luar biasa yang sudah lama dirindui peminat sejak kali terakhir mereka membuat persembahan di negara ini sekitar sedekad lalu.ARTIKEL BERKAITAN: Menangis tiket ‘ghaib’, Aishah syak konsert ‘40 Chapters of Love’ kena sabotaj ARTIKEL BERKAITAN: Peminat mula teruja, logo di Bukit Bintang beri 'hint' Evanescence bakal datang Malaysia Lebih menarik, jelajah ini turut hadir seiring dengan pelancaran album studio keenam mereka berjudul Everyone’s A Star! yang menandakan era baharu dalam perjalanan muzik kumpulan berkenaan.Dalam pada itu, penganjur turut memaklumkan konsert berkenaan akan menampilkan ‘setlist’ istimewa merangkumi perjalanan karier multi-platinum 5SOS, disokong produksi visual yang lebih imersif serta persembahan berskala antarabangsa.Tiket boleh didapati menerusi Go Live Asia, dengan jualan presale bermula pada 4 Mei, manakala jualan umum (general sale) dibuka pada 5 Mei ini.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!