MASAKAN ibu memang tiada tandingan walaupun hidangan disediakan sekadar ikan goreng dan sambal belacan.Namun bagi seorang isteri, sikap suami yang suka membandingkan masakan ibu mentua dan air tangannya boleh melukakan hati. Akui wanita tersebut, disebabkan sikap suaminya itu, dia sering berasa kecil hati di awal perkahwinan mereka."Kadang-kadang saya rasa nak suruh suami balik rumah mak dia, lepas makan baru balik tapi takut derhaka pula.Suami disaran tidak terlalu mengkritik masakan isteri. -Gambar hiasan AI"Sebab setiap kali saya cuba masak, dia selalu komen tak macam masakan mak dia," kongsi wanita tersebut. Tidak mahu terus berasa kecewa, dia mengambil pendekatan dengan menghubungi ibu mentua bagi meminta wanita itu mengajar resipi kegemaran suami."Saya mesej terus terang dengan mak mentua, cakap anak dia nak yang macam dia masak. "Saya tanya bahan, cara masak, api bila perlu kuat, bila perlu pelahan. Mentua saya pun tak lokek kongsi," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: “Mulut kau kumat-kamit tadi!” - Ibu mentua tuduh menantu jampi masakan, sakit hati sup lengkuas air tangan sendiri tak lakuARTIKEL BERKAITAN: Anak terpaksa ‘sound’ bapa, geram tiap hari ‘meratib’ masakan ibu tak sedap! Diri sendiri masak mi segera pun tak retiUsaha tersebut akhirnya membuahkan hasil apabila suaminya mengakui masakannya semakin sedap.“Dia cakap tak sama sepenuhnya, tapi sedap sangat. Saya pun jelaskan, masakan orang memang takkan sama.“Kalau makan masakan chef pun, semuanya sedap tapi tetap ada identiti tersendiri,” katanya.Tambahnya, dia tidak lagi menjadikan perbandingan itu sebagai tekanan, sebaliknya melihatnya sebagai proses pembelajaran.Seorang isteri berkongsi cabaran apabila masakannya sering dibandingkan dengan ibu mentua.Dia mengambil inisiatif belajar terus daripada mentua bagi memperbaiki masakan.Usaha itu membuahkan hasil apabila suami mengakui masakannya semakin sedap.Wanita itu menegaskan setiap masakan ada identiti tersendiri walaupun tidak sama.Netizen memuji sikapnya yang matang dan tidak melatah menghadapi situasi tersebut.Ringkasan ini dijana oleh AI"Saya tak kecewa tapi saya gembira dah buat masakan tu jadi sedap untuk suami," katanya.Perkongsian itu mendapat reaksi netizen yang memuji tindakan wanita itu yang tidak melatah di sebalik perbandingan dibuat suaminya."Bagusnya awak, ambil cabaran suami tu kalau saya, dah suruh dia masak sendiri."Suami saya dia cakap macam tu, saya minta dia masak kemudian saya nak cuba. Kemudian saya komen tak sama pun dengan mak," komen warga maya.