suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya beritahu tiada duit” - Nad Zainal kerja sebagai penulis skrip sementara tunggu tawaran lakonan

Nad tidak melalui jalan mudah untuk bergelar seorang pelakon.

PELAKON Nad Zainal mendedahkan perjalanan seninya tidak semudah yang disangka apabila pernah berdepan kekurangan wang sehingga terpaksa bekerja sebagai penulis skrip di awal pembabitannya dalam industri hiburan. 

Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 36, berkata fasa itu dilalui selepas dia tamat pengajian dan sedang bergelut untuk mendapatkan peluang lakonan.

"Sejak dari zaman belajar, saya sudah menabung supaya boleh pergi uji bakat berlakon. Walaupun pensyarah saya membantah dan tidak membenarkan berlakon ketika belajar, saya tetap langgar peraturan. Apa pun jadi,saya tetap mahu berlakon.

"Selepas tamat belajar, saya berdepan sedikit kesukaran untuk mencari peluang dalam bidang lakonan. Jadi,saya mengambil keputusan berehat seketika daripada lakonan dan bekerja sebagai penulis skrip di MIG.

Nad sebelum ini pernah bergelut untuk mendapatkan peluang lakonan.

"Saya pernah bertanya bila boleh dapat tawaran berlakon kerana tidak mahu pergi ke acara semata-mata, tetapi jawapan diterima sekadar 'tunggulah dahulu'. 

"Akhirnya saya beritahu mereka yang saya tiada duit dan bertanya sama ada boleh bekerja sebagai penulis skrip. Mereka bersetuju,” katanya kepada mStar ketika berucap menjadi panel pada Program Pesona Sinema Festival Filem Malaysia ke 35 (FFM35) di UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Selasa. 

Bercerita mengenai awal pembabitan kerjaya seninya, Nad memberitahu dia bermula dengan watak ringan bergenre komedi dan komedi romantik (rom-com) sebelum pihak penerbit menyedari kekuatannya dalam naskhah berat.

"Selepas membintangi beberapa buah drama, saya mula melihat bagaimana pihak penerbit mengenal pasti kekuatan saya sebagai pelakon.

ARTIKEL BERKAITAN: Nad Zainal pesan wanita muhasabah diri sebelum impi suami ‘green forest’... “Cari di kelab malam, memang tak dapatlah”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya amat terharu“ - Filem kurang sambutan, Nad Zainal pilu tercalon FFM35

"Apabila mula diberikan watak dalam drama-drama berat, tawaran untuk membawa karakter sebegitu seolah-olah tidak pernah putus.

"Sehinggalah hari ini, saya sering dikaitkan dengan drama air mata dan kisah kehidupan masyarakat kampung. Wajah-wajah seperti saya, Nabila Huda dan beberapa pelakon lain juga sering diberikan kepercayaan untuk membawakan watak sedemikian," jelasnya.

Menyedari kehadiran ramai pelapis baharu, Nad mengakui dirinya perlu bijak merangka strategi agar dirinya kekal relevan.

Malah, dia turut mengambil inisiatif menggunakan teknologi dan media sosial bagi memastikan dirinya seiring dengan peredaran zaman.

"Dalam era sekarang, saya perlu memikirkan bagaimana untuk terus mengekalkan kedudukan dalam industri seni.

Program Pesona Sinema Festival Filem Malaysia ke 35 (FFM35) diadakan di UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

"Sekarang kebanyakan pelakon sudah ada pasukan pencipta kandungan sendiri, jadi saya turut melakukan perkara sama.

"Tetapi untuk hal-hal peribadi pula, saya lebih selesa berkongsi dalam kadar yang minimum. Saya rasa lebih tenang dengan cara begitu kerana mahu fokus kepada kerjaya sahaja," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nad tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik pada FFM35 menerusi filem Denu. 

FFM35 bakal berlangsung pada 21 November depan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

 

Artikel Lain