suria

Porsche selebriti wanita disita JPJ dalam Ops Luxury

Kereta mewah milik selebriti disita atas kesalahan jalan raya.

KERETA mewah jenama Porsche milik seorang pelakon wanita antara 101 kenderaan yang disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Ops Luxury sepanjang Jun. 

Kereta tersebut disita di sebuah lokasi di Lembah Klang selepas didapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) serta perlindungan insurans sudah tamat tempoh.  

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli  memaklumkan perkara itu dan mengesahkan sebahagian kenderaan adalah milik individu kenamaan dan selebriti. 

Aedy Fadly maklumkan pihak tidak akan berkompromi dengan mana-mana kesalahan. 

"Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak, tidak kira siapa pun mereka. 

"Lagi dikenali, lagi besar tanggungjawab mereka untuk menunjukkan contoh kepada masyarakat.

"Alasan seperti terlupa memperbaharui LKM, tidak boleh diterima. Kalau selepas disita, boleh pula segera bayar dan perbaharui,” katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Artis popular ditahan polis, didakwa cabul remaja bawah umur di hotel 

ARTIKEL BERKAITAN: Selebriti lelaki ditahan bersama ganja, ujian air kencing positif

Aedy Fadly berkata demikian dalam satu sidang media di Ibu Pejabat JPJ Kuala Lumpur pada Khamis. 

Namun identiti selebriti berkenaan tidak didedahkan atas alasan siasatan. 

Aedy Fadly juga memberitahu operasi berkenaan bertujuan memperkukuhkan penguatkuasaan terhadap pemilik kenderaan mewah yang mengabaikan tanggungjawab sebagai pengguna jalan raya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain