TANPA perlu mengambil masa terlalu panjang untuk berfikir, seorang wanita segera memfailkan perceraian selepas didakwa ditampar suaminya.Menurut wanita berkenaan, keputusan itu dibuat kerana tahap kesabarannya sudah memuncak. "Sebelum ni, aku dah fikir masak-masak cuma tak buat keputusan. Tapi apabila dia dah mula naik tangan... itu saja. Tak ada apa aku nak tunggu lagi. Esoknya aku terus keluar rumah," kongsinya.Tambahnya, sepanjang bergelar isteri dia mendakwa sering 'makan hati', dipergunakan dan diambil kesempatan oleh pasangan sendiri.Keganasan dalam rumahtangga bukan satu hal yang boleh dipandang ringan. -Gambar hiasan AIBercerita lanjut, pengadu berkata dia menggunakan alasan suaminya melanggar taklik kerana menyakiti tubuh badan sebagai asas perceraian.Malah, dia juga tidak menuntut nafkah walaupun mendakwa sering diabaikan sepanjang perkahwinan."Aku tak tuntut nafkah walau satu sen. Sepanjang kahwin pun dia tak bagi nafkah, apatah lagi lepas cerai. Jadi aku rasa tak ada sebab nak tuntut," ceritanya.Berkongsi prosedur dilalui, wanita itu berkata dia melantik peguam dengan bayaran sekitar RM500 untuk membuka fail kes sebelum saman dihantar kepada bekas suaminya.ARTIKEL BERKAITAN: Rasa cinta dah hilang, tapi wanita berat hati nak cerai sebab suami ugut sebar video intimARTIKEL BERKAITAN: Suami gaji RM1,500 3 kali curang, isteri bergaji hampir RM5,000 rasa sia-sia tanggung keluarga... Mahu tukar lafaz taklikDakwanya, lelaki itu pada awalnya mahu melawan saman dengan mendakwa dia nusyuz. Jika berjaya, katanya, dia perlu membayar tebus talak iaitu separuh daripada jumlah mas kahwin."Contohnya mas kahwin tujuh dinar, jadi 3.5 dinar kena bagi balik. Tapi mahkamah tanya betul ke dia tampar aku dan dia mengaku."Mahkamah beritahu tak ada gunanya dia lawan sebab memang sudah melanggar taklik. Jadi dia tak ada pilihan selain bercerai," jelasnya.Wanita nekad cerai selepas didakwa ditampar suami dan memfailkan kes atas alasan langgar taklik.Insiden suami naik tangan jadi titik akhir selepas lama 'makan hati'.Dia tidak menuntut nafkah, hanya fokus pada pelanggaran taklik.Bekas suami cuba lawan saman, namun mengaku menamparnya di mahkamah.Mangsa keganasan disaran buat laporan polis dan jalani pemeriksaan perubatan untuk bukti.Ringkasan ini dijana oleh AIDalam pada itu, wanita tersebut turut berkongsi panduan kepada isteri yang menjadi mangsa keganasan fizikal dalam rumah tangga."Untuk isteri yang disakiti secara fizikal... sejurus suami kau naik tangan, pergi buat laporan polis."Nanti polis akan tunjuk ajar cara buat pemeriksaan perubatan sebelum mendapatkan laporan perubatan untuk dibawa ke mahkamah."Bawa dokumen tu ke mahkamah, Insya-Allah urusan kau akan dipermudahkan," ujarnya.