Pemimpin politik sering berdepan serangan kotor termasuklah dakwaan skandal seks dan sebagainya. -Gambar hiasan AI
KETUA pembangkang Hungary, Péter Magyar mendakwa diperangkap oleh bekas teman wanitanya sehingga rakaman seksnya tersebar di media sosial.Magyar mendakwa 'operasi' licik itu dirancang oleh kerajaan Viktor Orbán. Difahamkan ia ada kaitan dengan kempen pilihan raya Hungary pada April depan memandangkan parti Tisza yang dipimpin Magyar merupakan pencabar utama kepada parti Fidesz pimpinan Viktor Orbán.Terdahulu pada Selasa, foto sebuah bilik dengan katil mula tersebar dalam talian, dengan dakwaan ia berkaitan rakaman seks yang menampilkan Magyar.Susulan itu menerusi video di media sosial yang dikongsikan pada petang Khamis, Magyar mengakui dia mengunjungi apartmen dalam gambar tersebut pada Ogos 2024.Jelasnya, dia ke apartmen itu selepas menghadiri sebuah parti dan melakukan hubungan seks secara suka sama suka dengan bekas teman wanitanya.“Malam itu saya tidak menyedari saya sedang berdepan dengan satu operasi perkhidmatan rahsia,” kata Magyar.Magyar berkata individu lain yang berada di apartmen tersebut berkemungkinan memiliki dadah, namun dia tidak mengambil sebarang bahan terlarang.ARTIKEL BERKAITAN: Skandal Seks: Bekas Pegawai Wilayah PKC Dipenjara 13 Tahun“Saya tidak tahu bagaimana imej dan rakaman audio yang dirakam secara haram di apartmen itu."Tetapi saya mencadangkan agar keseluruhan rakaman yang dibuat di dalam bilik itu didedahkan tanpa sebarang suntingan,” kata Magyar lagi.Magyar berkata serangan berkaitan rakaman seks itu menyasarkan keluarganya dan bertujuan untuk mematahkan semangatnya secara psikologi.“Pemimpin Fidesz tahu anak lelaki saya bersama saya minggu ini ketika kempen akar umbi kami akan bermula minggu hadapan."Mereka mahu merosakkan tempoh ini dan meletakkan saya di bawah tekanan psikologi yang lebih besar. Mereka tidak akan berjaya,” kata Magyar.Wakil Fidesz menafikan penglibatan dalam penyebaran foto tersebut atau mempunyai pengetahuan mengenai video berkenaan.Di bawah undang-undang Hungary, penyiaran imej berunsur seksual tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan jenayah. -Agensi