SEORANG wanita yang menyangka dia hanya mengalami migrain sejak tahun lalu dikejutkan dengan berita pilu apabila dia dimaklumkan jangka hayatnya kini berbaki 18 bulan.Paige Carter, 25, berkata dia berjumpa doktor tiga kali pada tahun lalu kerana mengalami sakit kepala yang melampau. Namun, pada waktu itu dia dimaklumkan masalah kesakitan yang dialami mungkin hanya kesan sampingan daripada implan perancang kehamilan.Bagaimanapun, kesihatan wanita dari Milton Keynes, England, itu mula merosot secara drastik pada Disember.Pada Januari, dia menerima diagnosis yang meruntun hati apabila disahkan menghidap glioma tahap empat.Doktor juga memaklumkan terdapat ketumbuhan di dalam kepalanya dan dia hanya mampu hidup 18 bulan sahaja lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Ibu hidap kanser otak tahap akhir tengah bertarung nyawa, bapa tiri sibuk tuntut harta sepencarian - “Mak aku belum meninggal”"Apabila doktor kata 18 bulan, saya tak percaya. Saya baru berusia 25 tahun, masih terlalu muda. Ia benar-benar menghancurkan seluruh keluarga saya."Kami tak faham bagaimana semuanya boleh bermula hanya daripada sedikit sakit dan tekanan di kepala," ujar ibu kepada seorang cahaya mata itu.Susulan khabar duka itu, rakan-rakan Paige turut melancarkan tabung GoFundMe bagi meringankan beban kewangannya."Anak saya masih terlalu kecil. Dia berusia dua tahun. Kenangan yang dicipta dalam tempoh 18 bulan ini sangat penting. "Kami mahu ke Disneyland Paris, bercuti menaiki kapal persiaran bersama keluarga dan melancong ke Cornwall," ujarnya lagi. -Agensi