Segelintir penumpang sanggup berjaga kerana bimbang keselamatan ketika menaiki bas waktu malam. -Gambar hiasan AI
KEMALANGAN bas yang kerap berlaku menyebabkan ramai penumpang dihantui rasa takut terutamanya ketika perjalanan jarak jauh pada waktu malam.Di Thread, seorang wanita turut meraih perhatian ramai selepas berkongsi kisah 'menakutkan' yang dialaminya ketika menaiki sebuah bas menuju ke Kelantan. "Semalam (Khamis) naik bas balik Kelantan. Dalam pukul 2 pagi, bas tengah melalui jalan gelap di Gua Musang. Kemalangan bas yang kerap berlaku menimbulkan rasa takut dalam kalangan penumpang. -Gambar hiasan AI"Tiba-tiba terdengar suara lelaki menjerit Lailahaillallah, Allahuakhbar. Terus terjaga. Ingatkan ada kemalangan, tapi driver tenang je. "Aku terus tutup mata dan tak berani tengok luar tingkap. Takut pontianak atau pocong tengah terbang kat luar. Mujur boleh tidur balik lepas tu," kongsinya.Menurut wanita itu, teka-teki tentang kejadian misteri pada malam berkenaan hanya terungkai selepas bas tersebut berhenti di sebuah kawasan rehat dan rawat (R&R).Wanita tular selepas kongsi kisah naik bas ke Kelantan pada waktu malam.Dia terdengar suara pelik ketika bas lalu kawasan Gua Musang pukul 2 pagi.Wanita itu hanya tahu cerita sebenar selepas berhenti di sebuah R&R.Ramai netizen turut kongsi pengalaman mereka naik bas waktu malam.Ringkasan ini dijana oleh AI"Dah sampai R&R, baru tahu ada pakcik mengigau. Dia tengah berlawan dengan hantu. Dengar dia minta maaf kat makcik sebelah dia kot. Pakcik bikin aku nervous," kongsinya lagi.Rata-rata pelayar Thread meluahkan rasa terhibur membaca perkongsian itu, malah ada yang turut berkongsi pengalaman masing-masing."Pernah juga dengar penumpang lain mengigau minta tolong. Suara mendayu-dayu, masa tu tengah hutan dekat Gerik, waktu malam. Terus kita terkumat-kamit baca ayat Kursi.ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu bas sekolah dihina murid perempuan, berani hantar mesej kurang ajar - “Hi pakcik babi!”ARTIKEL BERKAITAN: Rasa macam ada sesuatu korek-korek dari bawah kerusi, gadis universiti terkejut rupanya punggung diraba penumpang bas ekspres!"Pernah ada penumpang yang berdengkur. Tapi bukan biasa-biasa. Luar biasa sampai ada orang jerit cakap bela saka harimau? Tapi dia langsung tak sedar. Sumpah seram bunyinya."Pernah ya, dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Lalu Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Pukul 3 ke 4 pagi, orang depan histeria, lepas tu senyap. Terus tak boleh tidur."Pernah juga kena waktu perjalanan malam naik bas ekspres dari Dungun ke Kuala Lumpur. Ada penumpang tiba-tiba menjerit," tulis beberapa pelayar Thread.