SEORANG lelaki berusia 42 tahun ditahan polis selepas disyaki membunuh ibu kandungnya sendiri.Kejadian tragis itu dilaporkan berlaku di Harima, wilayah Hyogo, Jepun. Berdasarkan laporan, suspek yang bekerja sebagai buruh binaan dipercayai melakukan perbuatan itu di kediaman mereka antara pukul 1 tengah hari Khamis hingga 11.50 pagi Jumaat.Kejadian terbongkar selepas lelaki terbabit tidak hadir bekerja di sebuah fasiliti kebajikan untuk individu kurang upaya pada pagi Jumaat.Ketidakhadirannya itu sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pekerja.Susulan itu, beberapa pekerja pergi ke rumahnya untuk membuat pemeriksaan, namun tiada sebarang respon sebelum mereka menghubungi talian kecemasan.Pasukan bomba yang tiba di lokasi menemui seorang wanita berusia 71 tahun dalam keadaan terbaring di lantai bilik tidur, manakala sebilah pisau dapur turut ditemukan berhampiran mangsa.Siasatan awal mendapati mangsa mengalami beberapa kesan tikaman dan kelar pada bahagian leher serta abdomen, malah lengan kirinya dilaporkan hampir putus akibat kecederaan parah.Ketika mangsa ditemukan, suspek yang tinggal berdua bersama ibunya berada di bilik lain dalam rumah tersebut.Bagaimanapun, lelaki itu yang memiliki kad orang kurang upaya (OKU) bagi kategori ketidakupayaan intelektual menafikan penglibatannya dalam kejadian berkenaan, dan siasatan lanjut masih dijalankan pihak berkuasa. -Agensi