suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enggan promosi filem gara-gara babak panas lakonannya, Ratu Sofya berdepan tindakan saman

Ratu Sofya tidak terlibat mempromosikan filem terbaharunya.

PELAKON Ratu Sofya berdepan tindakan saman susulan enggan terlibat dalam siri promosi filem terbaharu lakonannya berjudul Dosa Penebusan Atau Pengampunan.

Wakil produksi HAS Pictures, Reza Aditya memaklumkan pihak mereka sudah menghantar notis tuntutan (letter of demand - LOD) kepada pelakon berkenaan sebelum tindakan lanjut diambil.

Menurutnya, Ratu Sofya memberi alasan tidak mahu mempromosikan karya tersebut kerana terdapat adegan intim dan merasakan ia keterlaluan.

Ratu Sofya mendakwa tidak selesa melakukan babak intim dalam filem berkenaan. 

“Ratu Sofya enggan menyertai promosi kerana dia mengatakan kurang selesa dengan filem ini.

“Dia membangkitkan isu mengenai kewujudan babak seks. Memang benar ada babak sedemikian, tetapi kami tidak terlalu mendedahkan perkara itu kerana bukan semata-mata babak seks yang ingin ditampilkan. Tidak, ia mempunyai falsafah dan jalan cerita tersendiri,” jelasnya.

Reza juga mendakwa Ratu Sofya tidak pernah menolak melakukan babak berkenaan sepanjang penggambaran berlangsung.

ARTIKEL BERKAITAN: Rela bertahan demi anak, Acha Septriasa akui ramai wanita terjebak perkahwinan toksik 

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Al Ghazali tak guna khidmat ‘babysitter’, pilih urus bayi sendiri… Eratkan hubungan ibu anak

Malah, pelakon tersebut juga terbuka melakukan adegan itu tanpa menggunakan pelakon pengganti (body double) meskipun telah disediakan oleh pihak produksi.

“Apa yang dia katakan bercanggah dengan situasi di lokasi. Dia tidak mahu menggunakan body double. Dia kata boleh melakukannya.

“Daripada sesi uji bakat, skrip hingga penggambaran, dia sangat selesa di lokasi,” jelasnya.

Reza menuntut Ratu Sofya memberi maklum balas segera sebelum bertindak memfailkan tuntutan saman di mahkamah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain