suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lepas umum bersara, Jang Dong Ju buat hal lagi... Potong jari kelingking simbolik mungkir janji

Dong Ju sekali lagi mencetuskan kontroversi mengejutkan peminat.

SELEPAS mengejutkan peminat dengan keputusan bersara daripada dunia seni, pelakon Korea Selatan iaitu Jang Dong Ju sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memuat naik video mencederakan diri sendiri.

Menerusi perkongsian di media sosial, Dong Ju secara terbuka mengaku bertindak agresif memotong jari kelingkingnya akibat rasa kecewa yang mendalam. 

"Saya dah potong jari kelingking. Sudah beribu kali saya mungkir janji dengan diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan.

Dong Ju mengaku bertindak agresif memotong jari kelingkingnya.

"Saya terlalu benci (sikap) yang kerap mungkir janji, saya potong sahaja. Saya akan jadikan krisis ini sebagai peluang untuk kembali pada diri sendiri seperti dua tahun lalu," katanya.

Bagaimanapun, selepas hantaran tersebut menjadi tular dan meraih kecaman hebat netizen, Dong Ju tampil menurunkan video berkenaan dan memohon maaf secara terbuka.

Menjelaskan situasi sebenar, Dong Ju memberitahu tindakan tersebut dilakukan dalam keadaan emosi yang sangat tertekan dan bukan bertujuan untuk mengancam mana-mana pihak. 

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta Laura masuk hospital gara-gara jari luka potong limau nipis... Netizen sindir ibu-ibu setiap hari memasak masih hidup!

ARTIKEL BERKAITAN: Cuma tidur 20 jam seminggu, pelakon terpaksa dipapah kerana keletihan

"Saya kini sedang menerima rawatan dan mendapat sokongan padu daripada keluarga.

"Saya benar-benar memohon maaf kerana telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat dan berterima kasih kepada mereka yang masih mendoakan kesejahteraan saya," ujarnya. 

Difahamkan, tindakan drastik itu berpunca daripada tekanan emosi melampau yang dialaminya sejak awal Januari lalu selepas menjadi mangsa jenayah siber.

Telefon bimbit pelakon ini dikatakan telah digodam selain menjadi mangsa ugutan pihak tidak bertanggungjawab sehingga mengakibatkan kerugian kewangan yang sangat besar.

Beban hutang yang mencecah berjuta ringgit itu dipercayai menjadi punca utama dia mengambil keputusan mengejut untuk berundur dari industri lakonan pada 15 Mei lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain