Ramai yang menghargai jasa rakan sekerja dengan cara tersendiri seperti belanja makan. -Gambar hiasan AI
DALAM dunia pekerjaan, budaya saling membantu dan menghargai rakan sekerja sering dizahirkan melalui pelbagai cara termasuk membelanja makanan atau minuman sebagai tanda terima kasih.Walaupun ada menganggap ia perkara biasa dalam budaya korporat, tidak semua individu selesa dengan amalan tersebut lebih-lebih lagi melibatkan mereka yang sudah berkeluarga. Berkongsi pandangan, seorang wanita turut kurang senang dengan situasi itu malah memilih menolak pelawaan terutama daripada lelaki suami orang kerana masing-masing mempunyai keluarga perlu diutamakan.Jaga batas pergaulan di tempat kerja bagi mengelakkan sebarang konflik. -Gambar hiasan AI"Banyak sekarang dekat ofis... suami orang belanja isteri orang dan sebaliknya. Dalam dunia korporat benda macam ni nampak biasa je. Rakan sekerja aku sendiri kalau minta tolong buat kerja dia akan cakap."Nanti aku belanja anda semua air dari kedai kopi terkemuka. Tapi aku terfikir, jika suami aku terlalu kerap nak belanja orang, dia (suami pengadu) pun ada anak bini," ujarnya.Tambah wanita itu, walaupun ramai beranggapan rezeki tidak sepatutnya ditolak, dia memilih untuk menolak jika ditawarkan belanja oleh rakan sekerja sudah berkeluarga demi menjaga batas hubungan.ARTIKEL BERKAITAN: Hati-hati jika rakan sekerja selalu belanja makan, bimbang ada ‘price tag’ tak nampak... Ini cara elak terhutang budiARTIKEL BERKAITAN: “Rasa berdosa pula makan dekat sini” - Individu kena jeling pelanggan kafe ‘terpaling kerja’, terganggu bunyi sudu garfu"Orang kata rezeki jangan ditolak tapi dengan fikiran yang waras aku jawab tak payah la. Kau (rakan sekerja) pun ada famili. Boleh la kot kita normalisasikan tolak orang nak belanja."Selain itu, kena normalisasikan juga tolak kalau nak back up kerja orang lain," ceritanya mengenai situasi yang berlaku di tempat kerja.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangannya.Wanita kurang senang budaya saling belanja di tempat kerja.Budaya belanja rakan sekerja cetus perdebatan netizen.Wanita pilih tolak pelawaan demi menjaga batas.Ramai setuju jangan normalisasikan budaya saling belanja.Netizen ingatkan kepentingan menjaga batas sesama rakan sekerja.Ringkasan ini dijana oleh AIAda berpendapat amalan membelanja rakan sekerja secara kerap boleh menjadi kebiasaan sehingga diharapkan oleh pihak tertentu."Ya, bila dah mula belanja sekali dua, lama-lama takut jadi macam 'subscription' (langganan) pula. Ini baru belanja, belum lagi minta masakkan makanan di tempat kerja."Eloklah awak waras. Menyampah kalau tempat kerja tu berlainan jantina. Tipu la jaga batas. Banyak menggedik dengan bini dan suami orang," komen beberapa netizen.