DALAM kehidupan seharian, manusia tidak dapat lari daripada berdepan situasi yang memerlukan kita membuat pilihan. Seorang peniaga memilih untuk berserah kepada Allah dalam urusan jual beli dengan pelanggan yang mana cara dia berniaga tular selepas dikongsikan di TikTok. Dalam hantaran yang dibuat oleh Farouk Lan itu, dia menunjukkan foto nota yang ditulis pada keratan kotak sebelum meninggalkan gerai buah mangga miliknya. Wang dipercayai diletakkan oleh pelanggan. "Saya balik solat. Sila layan diri," tulisnya pada notis berkenaan. Peniaga tersebut bertindak sedemikian dipercayai kerana mahu menghentikan seketika urusan dunia untuk menunaikan solat. Apa yang dilakukannya ini amat berbeza dengan kebanyakan peniaga lain yang akan menutup kedai atau premis buat sementara waktu untuk menunaikan kewajiban sebagai seorang Muslim. Bukan hanya meninggalkan kedainya tanpa pengawasan, peniaga ini juga menunjukkan panduan kepada mana-mana pelanggan yang datang dan ingin membeli buah yang dijual. ARTIKEL BERKAITAN: Bengang, menyesal support! Pelanggan ‘ajar’ peniaga bazar tak pandai masak, bagi reviu paling jujur - “Langsung tak sedap kak” ARTIKEL BERKAITAN: Terus letak balik penyepit... Pemuda terkejut makcik peniaga tepi jalan caj karipap saiz kecil RM1.20 sebiji, rasa pun tak sedap mana "Ambil plastik, pilih dan timbang. 4kg (kilogram) RM20. "Terlebih sikit pun tak apa... Allah Maha Mengetahui. Duit letak bawah penimbang pun boleh atau tindih bawah buah," katanya menitipkan pesan. Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang mana rata-rata begitu kagum apabila peniaga benar-benar mengamalkan konsep tawakal dalam kehidupan dan kesederhanaan dalam berniaga. Tinggi tawakal dia pada Allah. NETIZEN Apa yang dilakukannya ini juga mencerminkan bahawa masyarakat sebenarnya boleh mengimbangi kehidupan harian dengan agama. Dalam hantaran kedua yang dibuat Farouk, dia menunjukkan wang yang diletakkan pada bawah penimbang berjumlah RM20 setelah selesai solat Asar. "Yang diuji bukan penjual tetapi si pembeli. Moga Allah permudahkan segala urusan tuan kedai. "Tinggi tawakal dia pada Allah. Moga yang hadir adalah orang-orang jujur dan amanah ke gerainya. Komen netizen di TikTok. "Sebab dia tahu rezeki dia Allah jaga (pelihara). Kalau ada yang menipu, balasan tetap datang pada si penipu walau dia kenyang makan buah tersebut," kata beberapa netizen. Selepas hantaran itu tular, pemilik akaun tampil menjawab soalan warga maya dengan memberitahu lokasi perniagaannya terletak di Ayer Hitam, Johor. Pada akhir video, dapat dilihat wang tunai diselitkan pada alat penimbang buah dipercayai oleh pelanggan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube