suria

Cuma hantar emoji, akhirnya bakal jadi isteri! Pemuda rasa bagai mimpi temu jodoh sekelip mata, harap urusan nikah terus lancar

Tidak ada manusia akan tahu tentang rezeki, jodoh dan ajalnya. -Gambar hiasan

APABILA bercakap tentang jodoh, terus terlintas di fikiran ia adalah rahsia Tuhan yang mana manusia tidak akan tahu siapakah pasangannya sehinggalah tiba waktu yang tepat.

Cara seseorang itu dipertemukan dengan jodoh juga berbeza, ada yang mudah dan ada pula perlu menunggu sehingga usia sudah lanjut.

Bagi seorang penganalisis kewangan, Riyadhi Ramlan, dia bertemu jodohnya dengan cara tidak disangka-sangka di aplikasi Threads.

Kongsi lelaki berusia hampir 40 tahun ini, perjalanan percintaannya bermula apabila wanita itu membalas komen di aplikasi berkenaan pada 13 September 2024, hanya dengan satu emoji.

Siapa sangka, pengenalan singkat di dalam talian membawa ke jinjang pelamin. Gambar hiasan

Siapa sangka perkenalan singkat dalam talian membawa ke jenjang pelamin. -Gambar hiasan

“Daripada komen di Threads pada 13 September 2024. Siapa sangka jodoh boleh jumpa dalam sekelip mata.

“Dia cuma komen simbol (emoji) je, selepas itu semuanya macam mimpi,” ujarnya ringkas.

Menerusi posting berbeza, dia yang sudah bertunang dengan wanita itu memberitahu bakal bernikah dalam tempoh kurang tiga bulan dari sekarang.

Apa yang dilaluinya itu membuatkan dia lebih percaya bahawa cinta akan hadir tepat pada waktunya tanpa diduga.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan malu guna ‘dating app’ untuk cari jodoh, cuma ingat 5 perkara ini sebelum buru cinta si dia

ARTIKEL BERKAITAN: Dua bulan ’swipe’ Omi, peniaga nasi dagang Terengganu akhirnya jumpa jodoh... Kagum suami berani jumpa keluarga sebelum bercinta

“Dalam tempoh 68 hari, saya bakal berkahwin dengan seseorang dikenali pada September lalu. Membuktikan cinta hadir tepat pada waktunya,” tulisnya pada Rabu.

Berkongsi kronologi perkenalan mereka berdua, pemuda ini berkata, sebulan selepas berkenalan dia terus ke Pulau Pinang untuk berjumpa keluarga tunang, iaitu pada 12 Oktober 2024.

Perjumpaan itu bertujuan bagi meminta izin daripada ibu bapa tunang untuk meneruskan hubungan ke alam perkahwinan.

“Pada 12 Oktober 2024, saya minta izin ibu bapanya (tunang) untuk ambil jadikan isteri. Pada 2 November 2024 pula minta izin mama babah untuk berkahwin.

Dia cuma komen emoji je, selepas itu semuanya macam mimpi.

RIYADHI

“Kami meneruskan perancangan perkahwinan dengan membuat tempahan lokasi majlis di Rumah Abang Jamil Shah Alam pada 6 November 2024.

“Cadangan tarikh bernikah dan resepsi pada tanggal 1 Februari 2025. Bila tengok semula timeline, macam cepat betul, tapi berjalan lancar,” ujarnya.

Jelasnya lagi, mereka sepatutnya bernikah lebih lewat iaitu pada 25 Julai 2025 namun diawalkan tanpa menyatakan sebab.

Bagaimanapun dia percaya Allah mempunyai rancangan lebih baik untuk mereka apabila akhirnya memutuskan bernikah awal.

Perkongsian bekas juruterbang ini mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-rata mendoakan agar hubungannya sampai ke jenjang pelamin.

Hari ini pencarian jodoh turut dilakukan menerusi aplikasi media sosial. Gambar hiasan

Hari ini pencarian jodoh turut dilakukan menerusi aplikasi media sosial. -Gambar hiasan

“Alhamdulillah. Bagaikan mimpi itu rahsia Allah. Jodoh pertemuan itulah rahsia Allah.

“Alhamdulillah, bahagia juga melihat. Saya juga post dalam talian untuk mencari, tetapi masih belum bertemu jodoh.

“Saya berjumpa jodoh di WhatsApp, Alhamdulillah masuk tahun keenam berkahwin.

“Bangga dengan abang kerana bangga dengan jodoh sendiri.

“Macam mana tahu itu jodoh? Hati rasa lain macam ke?

“Ramainya jumpa jodoh di Threads. Alhamdulillah,” antara komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain